MP BN selar cadangan DAP bekal senjata pada rakyat Sabah

Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sri Tanjong, Chan Foong Hin agar kerajaan membekalkan senjata kepada rakyat Sabah dalam usaha menyelesaikan isu keselamatan di kawasan perairan pantai negeri itu disifatkan sebagai tidak masuk akal.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata kenyataan yang dikeluarkan oleh ADUN DAP itu hanya untuk mencari publisiti murahan dan tidak memahami sensitiviti rakyat Sabah.
"Saya merasakan cadangan ahli DAP ini pandangan yang tidak masuk akal. Saya merasakan pemimpin DAP ini tidak sensitif terhadap rakyat Sabah, mereka hanya mencari publisiti murahan.
"Cadangan untuk membekalkan senjata kepada rakyat Sabah bukan satu perkara kelakar. Rakyat Sabah tidak perlu senjata tetapi memerlukan jagaan keselamatan dari pihak kerajaan. Ini kenyataan yang tidak boleh diterima oleh akal fikiran yang waras," katanya kepada pemberita di Parlimen pada Rabu.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Foong Hin yang mahu kerajaan membekalkan rakyat Sabah dengan senjata dan membubarkan pengawalan di Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) kerana gagal dalam misinya melindungi rakyat.
Menurut Bung Mokhtar, jika Esscom dibubarkan, ia sekaligus menjadikan seluruh perairan di Sabah terdedah kepada anasir jahat seperti perompak dan lanun.
"Sebelum ini, semasa Esscom tiada, rakyat Sabah hanya bergantung kepada anggota keselamatan Maritim dan polis marin, ada pengawalan tetapi rakyat masih terdedah kepada bahaya.
"Namun, selepas Esscom ditubuhkan, pengawalan di kampung-kampung Sabah dilakukan dan saya yakin mereka akan memperketatkan operasi pengawalan dari semasa ke semasa jika kelengkapan lengkap dibekalkan,"katanya.
Oleh itu, Bung Mokhtar menggesa ADUN DAP itu menarik balik kenyataan yang dikeluarkan kerana agensi di bawah kerajaan itu telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan berkesan.
"Walaupun Esscom ada memberi jaminan tiada penculikan berlaku, namun ia tetap berlaku...itu bukan bermakna Esscom gagal. Mereka telah menjalankan kewajipan dengan baik bagi menjaga keselamatan rakyat Sabah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana