Mengapa JAIS terlibat program kaji pemikiran penjenayah seksual... ?

Mengejutkan apabila bekas ketua pembangkang yang disabitkan dengan kesalahan jenayah liwat, telah dijadikan sebagai tokoh hinggakan seminar mengenainya iaitu Seminar Pemikiran Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan diadakan pada Isnin depan (26 November 2016).

Berdasarkan kandungan surat jemputan dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bertarikh 21 November yang kini tersebar di media sosial, jabatan itu menjemput semua guru Sekolah Rendah Agama (SRA) serta Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain di Petaling dan Klang menghadiri seminar berkenaan yang diadakan di Dewan Jubli Perak, di Shah Alam.

Entah apa tujuan seminar itu diadakan namun ia jelas cuba mengangkat dan memartabatkan seseorang yang telah disabitkan dengan hukuman jenayah dan kini dipenjarakan di Sungai Buloh sebagai `wira'.

Walaupun JAIS mengatakan bukan mereka yang anjur, tapi terlibat menjemput guru-guru dibawah selian mereka satu tindakan yang memalukan.

Ia menyebabkan banyak pihak mengecam keras JAIS selepas tersebarnya surat di mana JAIS menjemput guru-guru di sekolah agama di bawah seliaannya untuk menghadiri seminar berkenaan yang dijadualkan berlangsung pada Isnin depan.

Apa perlunya pemikiran individu yang jelas membicarakan berkenaan persamaan semua agama lain diberi ruang serta dijadikan wadah perbincangan dalam satu program ilmu.

Banyak persoalan yang timbul susulan penganjuran seminar terbabit.

Apakah layak pemikiran seorang banduan yang secara jelas dijatuhkan hukuman bersalah kerana jenayah meliwat dijadikan modal untuk mengupas pemikirannya dan kemudian dijadikan ikon anak muda?.

Dan tidak adakah tokoh-tokoh Islam lain yang boleh dijadikan sebagai idol dan dikaji pemikirannya? Jika kita membuka minda, banyak tokoh-tokoh terbabit yang boleh dijadikan contoh, bukannya Anwar Ibrahim.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana