Media India Dakwa Dr Zakir Naik Ditawar Kerakyatan Malaysia...Bagus Lah Tu Semoga Menjadi Kenyataan Umat Islam Malaysia

PETALING JAYA: Penceramah bebas, Dr Zakir Naik telah diberi kerakyatan Malaysia, demikian laporan yang disiarkan Hindustan Times.

Beliau yang pernah menyampaikan ceramah dan mengendalikan program di negara itu didakwa sedang bersembunyi di Malaysia selepas penggantungan Yayasan Penyelidikan Islamik (IRF) yang dipeloporinya oleh pihak berkuasa India.

Beliau juga disiasat Agensi Penyiasatan Nasional India (NIA) yang turut memantau pergerakannya dan terkini, ahli keluargannya telah dilarang meninggalkan negara itu.

Laporan itu juga memetik wakil beliau mengesahkan perkembangan terkininya itu dengan berkata, kerakyatan Malaysia yang ditawarkan kepadanya termasuk dalam pakej perjanjian ketika beliau dianugerahkan sebagai Tokoh Maal Hijrah pada 2013.

"Menjadi polisi di Malaysia untuk menawarkan kerakyatan kepada individu yang diberi anugerah dan Dr Zakir Naik adalah rakyat Malaysia sekarang," lapor media itu tanpa menyebut nama wakil penceramah bebas itu.

Laporan itu juga mendakwa Dr Zakir berada di Malaysia sebagai taktik untuk mengelak disiasat NIA.

Terdahulu pihak berkuasa India mengesyaki beliau berada di Thailand atau Afrika.

Pada Jumaat, Dr Zakir mengeluarkan kenyataan mengkritik tindakan menggantung IRF serta kes terhadapnya.

Beliau menegaskan, selama ini sentiasa menerapkan aspek keamanan dan menolak kekejaman ketika menyampaikan ceramah.

Setakat ini, pihak berkuasa Malaysia tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen berkaitan tawaran kerakyatan kepada Dr Zakir.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana