MB Selangor Goyang Bebbbb!!!! Khalid Ibrahim Diminta Jawab Dakwaan Di DUN Selangor

SHAH ALAM: Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim diminta hadir ke sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menjawab sekali gus menyangkal dakwaan bahawa beliau pernah menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash).

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata ini kerana pihaknya telah mengemukakan dokumen dan surat yang membuktikan perkara tersebut telah berlaku semasa kepimpinan bekas menteri besar itu.

Katanya beliau telah memberikan penjelasan cukup terperinci (berhubung isu itu) dalam sidang dewan sebelum ini kerana dia (Abdul Khalid) telah bangkitkan perkara tersebut dalam perbahasan.

"Sidang dewan telah rakamkan (hansard) dengan cukup jelas...sebab itu saya cadang dan wajar beliau hadir dalam sidang dewan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara di sini, Selasa.

Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan Mohamed Azmin yang mengatakan kerajaan Selangor ketika di bawah pimpinannya menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Splash antara 2008 dan 2014.

Baru-baru ini, beliau mendakwa Abdul Khalid, sewaktu memegang jawatan menteri besar tidak pernah memaklumkan kepada DUN berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada Splash melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.

Dalam perkembangan lain, Mohamed Azmin berkata pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkaitan berhubung masalah pencemaran najis babi di Kampung Batu Laut, Sepang.

"Kita akan adakan perbincangan dengan wakil penduduk dan pihak terlibat tentang masalah itu secepat mungkin...kita juga telah mengambil tindakan termasuk meminta ladang penternakan itu dibersihkan.

"Kita juga mahu supaya ladang penternakan ini menggunakan kaedah dan teknologi terkini agar kawasan itu terjamin kebersihannya," kata menteri besar itu.

Semalam, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menyiasat segera pencemaran najis babi di kampung berkenaan.

Katanya siasatan itu adalah untuk melihat bentuk pencemaran akibat penternakan babi di kawasan itu.

Baru-baru ini, akhbar melaporkan najis babi yang disalurkan ke sungai bukan setakat mencemarkan persekitaran kampung dan pantai tetapi turut menyebabkan penduduk berpindah selepas menjual tanah yang tercemar.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment