MB Selangor bohong, Khalid dedah cerita sebenar

Kerajaan Selangor tidak pernah menawarkan bayaran RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti Syarikat Pengeluar Air Selangor (Splash) antara 2008 dan 2014 seperti yang didakwa oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam.

Bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berkata dakwaan berkenaan dibuat bagi mengalihkan perbincangan mengenai keputusan pentadbiran Azmin untuk membayar sebanyak RM2.7 bilion ke atas ekuiti syarikat konsesi air itu, iaitu 10 kali lebih tinggi daripada tawaran asal yang berjumlah RM250.6 juta.

“Kami tidak pernah bercadang pada bila-bila masa untuk membayar RM2.9 bilion untuk ekuiti Splash seperti yang didakwa oleh Azmin.

“Dalam tawaran terakhir (kepada Splash), kami merasakan tawaran yang berpatutan adalah sebanyak RM250.6 juta bagi bayaran ekuiti serta tujuan menanggung hutang yang berjumlah RM1.564 bilion,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Khalid mengulas kenyataan Azmin yang disiarkan satu portal berita semalam, antara lain menyatakan kerajaan negeri semasa di bawah Abdul Khalid tidak pernah memaklumkan kepada Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya pada 19 Julai 2009.

“Pentadbiran sebelum ini menyatakan nilai tawaran pengambilalihan SPLASH adalah sebanyak RM250 juta dan inilah angka yang diuar-uarkan seantero dunia, namun orang yang sama tidak pernah memaklumkan kepada Dewan berkenaan tawaran RM2.975 bilion yang dibuat kepada SPLASH melalui surat bertarikh 25 Jun 2009 dan seterusnya 19 Julai 2009,” kata Mohamed Azmin ketika sesi penggulungan Belanjawan 2017 Negeri pada sidang DUN Selangor semalam.

Khalid berkata dalam tawaran terakhir kepada Splash, pihaknya menggunakan kaedah pembayaran ekuiti berdasarkan pulangan 12 peratus setahun kepada ekuiti serta potongan mana-mana dividen yang telah dibayar.

Katanya, kaedah ini adalah adil memandangkan terma tersebut telah dinyatakan di dalam Perjanjian Penswastaan air yang ditandatangani oleh semua syarikat konsesi termasuk Splash.

Dalam pada itu, Khalid menegaskan bahawa pengambilalihan industri air secara keseluruhan tidak boleh melebihi kos sebanyak RM9.65 bilion kerana ia akan memberi kesan kepada tarif air di masa hadapan dan usaha untuk menurunkan air tidak terhasil di Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana