Mana Satu Betul, Pemimpin Paling Korup Atau Penyelamat?

Siapa yang tidak mengenali Datuk Mohd Ezam Mohd Nor, seorang ahli politik yang tidak mempunyai pendirian tetap seperti Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali. Satu ketika dahulu, beliau merupakan ahli UMNO sebelum bertindak keluar parti apabila UMNO mengambil keputusan memecat mentor kesayangannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beberapa tahun kemudian, akibat berkecil hati dengan kepimpinan PKR, beliau meninggalkan parti berkenaan dan kembali semula kepada UMNO dan seterusnya dilantik seebagai senator. Namun, jangka hayat beliau dalam UMNO hanya bertahan beberapa tahun sahaja sebelum sekali lagi meninggalkan UMNO dan seterusnya menyertai PPBM yang diterajui oleh Tun Dr Mahathir.
Apa yang menarik untuk diperkatakan adalah, apa pendirian politik Ezam sebenarnya? Satu ketika dahulu, sewaktu beliau meninggalkan UMNO, beliau mendakwa mempunyai 6 kotak bukti beberapa penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir yang kononnya diperolehi semasa beliau berada dalam UMNO.

Beliau mendakwa, hanya PKR sahaja parti yang boleh beliau percayai dan dijadikan medium untuk mendedahkan segala bukti penyelewengan yang dilakukan oleh Mahathir berdasarkan bukti-bukti yang beliau ada. Namun, sepanjang beliau ada di dalam PKR, langsung tiada sebarang bukti yang didedahkan oleh beliau dan dakwaan 6 kotak bukti itu didiamkan begitu sahaja.

Semasa berada di dalam PKR, beliau pernah mendakwa, Mahathir merupakan seorang pemimpin yang paling korup dan paling banyak mengamalkan salah guna kuasa sehingga menyebabkan negara mengalami kerugian besar akibat ketamakan Mahathir. Namun, dakwaan beliau ini langsung tidak disertakan dengan bukti.

Semalam, Ezam sekali lagi mencuri tumpuan apabila tampil dengan kenyataan terbaru yang mendakwa, hanya Mahathir seorang sahaja yang beliau anggap sebagai penyelamat unggul negara. Kemana hilangnya dakwaan yang mengatakan Mahathir sebagai manusia paling korup dan paling kuat menyalahgunakan kuasa? Adakah dengan meyarung baju parti bunga, segala-galanya kembali suci?

Dengan mengambil kira segal tindak tanduk Ezam termasuk sikapnya yang di umpamakan seperti katak, sukar lagi untuk mempercayai apa jua yang diungkapkan dari Ezam. Jika dahulu beliau mendakwa Mahathir seumpama seorang pesalah, kini, setelah bunga raya tersemat di dadanya, Mahathir pula seperti seorang yang cukup suci dan maksum.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana