MALAYSIA ANTARA NEGARA ISLAM YANG STABIL DAN DIHORMATI DUNIA

Di saat kita memperkatakan mengenai umat Islam, kita tidak boleh terlepas daripada menyentuh mengenai isu kekejaman Israel di Palestin, penindasan terhadap Rohingya dan keganasan di Syria.

Semua itu merupakan antara kezaliman yang dialami oleh umat Islam di dunia sekali gus menunjukkan apabila kita lemah, maka dengan mudah kita akan ditindas.

Walaupun keadaan di Malaysia adalah beribu kali jauh lebih baik daripada situasi yang melanda umat Islam di negara terbabit, namun kita tidak boleh mengambil mudah. Malah UMNO sebagai sebuah parti yang berlandaskan Islam harus memainkan peranan sebaik mungkin, bagi memastikan unsur-unsur yang melemahkan Islam dibendung dengan segera.

Ambillah contoh negara Mesir yang pernah menjadi sebuah negara Islam yang kuat dari segi ekonomi dan ketenteraan sekitar 70-an. Namun apa yang berlaku kepada Mesir ketika ini?

Arab Spring yang berlaku beberapa tahun lepas bermula dengan Tunisia, yang kemudiannya berjangkit ke Mesir adalah hasil campur tangan asing secara halus melalui propaganda kononnya untuk menyuburkan demokrasi negara Arab.

Begitu juga dengan Iraq, yang terkenal dengan tamadun Mesopotamia. Libya, Syria, Palestin, Afghanistan dan Yaman. Suatu masa lalu negara itu terkenal dengan peradaban yang tersendiri namun kini, ia bertukar menjadi sebuah negara yang bergolak.

Rakyatnya ditindas, berdepan dengan peluru yang tidak mengenal siapa, angkara campur tangan asing.

Malaysia juga tidak terkecuali. Anasir asing ini cuba melemahkan Islam dengan menjadikan pergaduhan sesama sendiri. Apabila matlamat mereka berjaya, maka keistimewaan yang dimiliki akan hilang sedikit demi sedikit.

Itulah senjata utama musuh, iaitu menjadikan umat Islam berbalah antara satu sama lain.

Campur tangan ini berlaku melalui kuasa halus. Ia lebih berbahaya daripada campur tangan ketenteraan kerana kesan kuasa halus ini hanya boleh dilihat apabila segalanya telah berlaku.

Jangan jadi seperti Islam di Sepanyol, yang pernah menjadi hebat suatu masa lalu namun ia berakhir akibat sifat tamak yang berlaku di dalamnya.

Perbuatan kuasa dan tindakan segelintir pihak yang sanggup bersekongkol dengan musuh telah mengakhiri era kegemilangan Islam di Sepanyol

Maka kita perlu berhati-hati. Jangan terpedaya dengan anasir asing ini yang cuba masuk campur dan melemahkan Islam, apatah lagi Malaysia adalah sebuah negara yang terkenal kerana kestabilan dan keharmonian penduduknya hingga dihormati dunia.

Sudah pasti keadaan ini menjadikan Malaysia sebagai sasaran. Jika kita lemah, maka mudahlah kita ditindas. Justeru perkuatkan saf dan barisan untuk sama-sama berdepan dengan cabaran ini demi Islam dan Melayu.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana