Mahathir sudah hilang pertimbangan... - MP Rompin

Bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad tidak boleh dijadikan contoh kepada generasi muda kerana menggalakkan orang ramai untuk menyertai Bersih 5 pada Sabtu ini yang terang-terangan melanggar undang-undang negara.

Ahli Parlimen Rompin, Datuk Seri Hasan Arifin berkata golongan muda seharusnya dicontohi dan dipenuhi dengan nilai-nilai yang baik.

"Tindakan Tun Mahathir bukan satu contoh yang baik buat generasi muda hari ini, ia bukan budaya yang baik.

"Saya rasa Tun Mahathir telah hilang pertimbangan sebagai seorang yang pernah memimpin negara..iyalah, (Tun Mahathir) sudah berumur 92 tahun," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen pada Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Tun Mahathir yang mengajak orang ramai untuk menyertai Bersih 5, sedangkan beliau sendiri tidak berada di dalam negara pada tarikh tersebut.

Tun Mahathir berkata pada 19 November ini beliau ada komitmen lain di luar negara walaupun tarikh Bersih 5 ini dihebohkan sejak tiga bulan lalu.

“Pada 19 November ikut perancangan yang telah dibuat lama sebelum ini, saya berada di luar negara.

“Tetapi saya ingin mengatakan sokongan saya kepada perhimpunan BERSIH,” katanya.

Beliau diwawancara oleh aktivis Bersih Hishamuddin Rais di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya baru-baru ini.

Tambah Hasan, Tun Mahathir dilihat sebagai seorang yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan kepuasan politiknya tercapai.

"Di atas sebab peribadi, beliau sanggup pakai baju kuning..sanggup berjumpa Anwar Ibrahim (Datuk Seri) dan melakukan apa saja untuk kepuasan politik dirinya sendiri," katanya.

Sementara itu, Hasan turut menafikan penglibatan UMNO seperti mana penyebaran surat yang menggunakan logo rasmi parti itu untuk mengajak seluruh ahlinya menyertai Gerakan Baju Merah bagi menghalang Bersih 5.

"Tiada...Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid telah buat kenyataan...kami (UMNO) tidak terlibat," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana