Mahathir , Dap pasti bimbang

Di sebalik dakwaan mengatakan perhimpunan haram Bersih 5.0 yang berlangsung semalam mendapat sambutan menggalakkan, hakikatnya jumlah penyertaan itu adalah lebih rendah berbanding tahun-tahun sebelum ini.

Pemerhati politik yang juga blogger dengan menggunakan nama Lim Sian See berkata, penglibatan peserta yang terlalu kecil itu agak mengejutkan malah jualan baju T juga dilaporkan menurun pada tahun ini.

Katanya, kehadiran 40,000 orang seperti dilaporkan portal berita propembangkang Malaysiakini itu merupakan penurunan sehingga 92 peratus berbanding anggaran yang diberikan pada tahun lalu seramai 500,000 peserta akan menyertai perhimpunan haram tersebut.

“Walaupun bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad perlu memakai baju T dan melakukan iklan video dengan menyewa jet peribadi untuk hadir ke perhimpunan tersebut, komposisi etnik hanya bertambah sedikit dan majoriti masih dikuasai oleh kaum Cina.

“Walaupun kehadiran Dr. Mahathir, Tan Sri Muhyiddin Yassin serta pemimpin-pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) mempromosikan Bersih 5.0, namun kehadiran mereka itu hanya mengakibatkan penyertaan peserta semakin merosot,” katanya dalam akaun Facebook beliau di sini hari ini.

Sementara itu pengendali blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin menyifatkan perhimpunan haram Bersih 5.0 itu sebagai bencana dan sepatutnya penganjur tidak mengadakan program tersebut sekiranya gagal mengenal pasti jumlah peserta.

Katanya, ia be­ri­kutan perhimpunan haram itu adalah yang terakhir sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) diadakan, jadi mereka hanya mempunyai peluang sekali sahaja dan bukan dua peluang.

Jelas beliau, tindakan penganjur Bersih 5.0 itu juga disifatkan sebagai kesilapan besar kerana hanya membuang masa apabila telah membuktikan bahawa pembangkang tidak mempunyai sokongan yang ramai seperti yang mereka fikirkan.

“PPBM mendakwa mereka mempunyai 50,000 ahli yang berdaftar tetapi keahlian tersebut masih belum dihantar kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS). Berdasarkan sumber dalaman saya yang memberitahu sebenarnya parti itu tidak mempunyai 10,000 ahli pun.

“Jumlah itu kurang separuh daripada ahli PAN iaitu hanya memiliki 20,000 ahli. Sedangkan sasaran mereka adalah 200,000 ahli iaitu 20 peratus dicuri daripada ahli-ahli Pas,” katanya.

Utusan

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana