Mahathir, BR1M dan Dedak.

Mahathir adalah seorang pengkritik terbesar BR1M yang beliau gelarkan sebagai dedak.

Walau bagaimanapun, BR1M adalah satu polisi yang juga diamalkan oleh banyak negara lain untuk mengagihkan pendapatan daripada rakyat Malaysia yang lebih kaya kepada kumpulan berpendapatan bawah 40% (B40).

Berikut adalah ilustrasi yang akan memberi anda idea tentang skala ketidaksamaan.

Mahathir telah berjuang untuk bangsa dan agama selama 22 tahun dan akhirnya, 3 Melayu Islam memasuki senarai sepuluh rakyat terkaya Malaysia pada awal tahun 2014.

Ia hanyalah kebetulan semata-mata bahawa anaknya adalah antara tiga jutawan tersebut.

Anak Mahathir, Mokhzani Mahathir, telah disenaraikan di tangga ke-9 rakyat terkaya Malaysia dan di tangga ke-2 orang Melayu terkaya pada Februari 2014 oleh majalah Malaysia Business yang pada ketika itu dimiliki dan dikendalikan oleh A Kadir Jasin.

Mokhzani mempunyai kekayaan sebanyak RM4.22 bilion ketika itu – menewaskan pengasas Ambank Azman Hashim ke tangga ke-10.

Tahun sebelumnya, Kerajaan membayar RM3 bilion dalam bentuk BR1M 2.0 kepada 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang.

Ini bermakna Mokhzani boleh membayar sepenuhnya untuk pembayaran BR1M bagi tahun itu kepada kesemua 4.3 juta isi rumah dan 2.7 juta individu bujang dan masih mempunyai RM1.22 bilion baki untuk menghabiskan pada kereta mewah beliau.

Menghapuskan atau mengurangkan subsidi menyeluruh yang memberi lebih manfaat kepada golongan kaya daripada yang miskin dan memberi wang itu secara terus kepada yang miskin, BR1M, gaji minimum dan lain-lain polisi adalah inisiatif Kerajaan untuk membantu merapatkan jurang pendapatan di Malaysia yang mana tidak bertambah baik semasa zaman Mahathir.

Sejak tahun 2009 apabila Najib mengambil alih dengan polisi-polisi seperti ini, ketidaksamaan pendapatan seperti yang diukur oleh pekali Gini telah menurun dengan kadar terpantas dan paling rendah dalam sejarah.

Antara tahun 2009 hingga 2014, nisbah Gini telah menurun dari 0.441 kepada 0.401 – penurunan sebanyak 0.04.

Dalam tempoh ini, pendapatan isi rumah median meningkat sebanyak 62% berbanding dengan pertumbuhan KDNK sebanyak 55.2% – membuktikan bahawa ketidaksamaan telah dikurangkan.

Sepanjang 20 tahun antara tahun 1984 hingga 2004 di bawah Mahathir (data tidak dikumpul setiap tahun ketika itu), pekali Gini hanya menurun sebanyak 0.021 dari 0.483 kepada 0.462.

Tulisan asal oleh :
Lim Sian See, Facebook Lim Sian See, 4 November 2016.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana