Macam diktator... Guan Eng tak puas hati dengan akhbar cina...Anda Fikirkan lah Jika Mereka Ini Berkuasa Negara?

Gila perhatian dan berlagak macam diktator... itu kesimpulan kelaku Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang meluahkan secara terbuka tidak puas hati dengan liputan akhbar cina berkenaan Bajet negeri dan pentadbirannya.

Mungkin Guan Eng fikir bahawa semua akhbar Cina perlu menyokong DAP dan wajib melaporkan mengenai kerajaan DAP.

Ini selepas beliau mendakwa beberapa akhbar harian berbahasa Cina memilih melaporkan dengan terhad atau tiada langsung liputan berhubung pengumuman bajet Pulau Pinang.

Beliau menambah, bajet badan perundangan negeri lain diberi lebih tumpuan.

Mengkhususkannya kepada Sin Chew Daily, Lim berkata beliau kesal dengan liputan terhad yang diberikan mengenai bajet, walaupun Pulau Pinang mengumumkan RM220 juta peruntukan tebatan banjir, yang tertinggi dalam sejarah negeri ini.

“Biasanya, apabila perdana menteri mengumumkan belanjawan, akhbar dengan bersungguh-sungguh melaporkannya kerana ia adalah penting.

“Tetapi saya lihat di Sin Chew, mereka tidak mengambil berat tentang bajet kita, tetapi (mereka seolah-olah mengambil berat tentang) perkara lain. Mungkin mereka berasa tidak ada keperluan untuk melaporkan urusan kerajaan negeri?

“Ya, saya tahu ia hak Sin Chew Jit Poh untuk memilih memberi lebih liputan kepada pembangkang. Tetapi melepaskan kenyataan ketua menteri tidak boleh diterima,” kata Lim dalam satu sidang akhbar di Komtar Rabu.

Sementara itu, Lim berkata beliau juga kecewa dengan kekurangan Sin Chew melaporkan mengenai penjualan sahamnya di Pulau Jerejak dari perspektif kerajaan Pulau Pinang.

Lim berkata beliau menulis surat kepada ketua editor akhbar Cina berkenaan bagi bertanya mengapa kenyataan mengenai isu Pulau Jerejak tidak diterbitkan, malangnya tiada respons diterima.

“Jika ia The Star atau New Straits Times, atau media Barisan Nasional yang lain, ia boleh difahami. Tetapi kelihatannya Sin Chew juga menuju arah yang sama. Ia mengecewakan

“Tetapi saya serahkan kepada penduduk umum untuk menilai sama ada pendirian Sin Chew terhadap kerajaan negeri benar-benar berat sebelah,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana