Keyakinan Pencarum Terhadap Tabung Haji Semakin Pulih...Jangan Lah Percaya Pada RAFIZI Untuk Lemahkan Hak Orang Melayu

PASIR MAS: Keyakinan pencarum terhadap Tabung Haji (TH) kini semakin pulih apabila agensi itu mencatat jumlah penyimpan yang semakin bertambah dengan jumlah simpanan yang lebih besar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Berdasar perkembangan positif itu, beliau berharap tiada lagi tohmahan yang dilemparkan terhadap TH ketika agensi tersebut sedang meraih kepercayaan terutama dalam kalangan penyimpan beragama Islam.

"Saya faham kita perlu sensitif tetapi kerajaan juga amat sensitif menjaga (TH) kerana ini satu-satunya institusi konglomerat besar yang dimiliki 100 peratus oleh orang Islam, jadi tolong jangan menyerang tanpa bukti dan sebagainya.

"Kami tak mahu dalam keadaan (sedang) pulih ini ada 'racun-racun' yang ditabur yang menyebabkan proses pemulihan itu tidak berjalan lancar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Seminar Pembangunan Islam di Malaysia yang dianjurkan UMNO bahagian Rantau Panjang dengan kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) di sini, Ahad.

Hadir sama Ketua UMNO Bahagian Rantau Panjang Datuk Abdullah Mat Yassin dan Yang Dipertua Yadim Dr Yusri Mohamad.

Sebelum ini, terdapat dakwaan mengatakan TH bakal mengalami kerugian dan boleh menyebabkan agensi itu muflis, sehingga ramai pencarum hilang kepercayaan terhadap TH.

Jamil Khir berkata TH mendapat jaminan kerajaan, justeru sebarang urusan perniagaan perlu mendapat kebenaran daripada kerajaan bagi mengelak agensi itu melakukan perniagaan yang berisiko tinggi.

Beliau berkata TH juga perlu melalui proses audit tahunan yang ketat yang dilaksanakan Jabatan Audit Negara sebelum agensi itu boleh membuat pengumuman dividen dan bonus kepada pencarumnya.

"Kami tak boleh belanja sewenang-wenangnya kerana jaminan kerajaan tak akan diberikan kalau kita belanja dengan keadaan tak betul, maka sebab itu Jabatan Audit Negara datang untuk audit kewangan TH dan sebagainya.

"Jadi jaminan inilah yang kita gunakan untuk bergerak dan menjalankan perniagaan, selain wang caruman juga turut digunakan untuk melabur dalam komoditi sebelum ia menjadi pulangan dalam bentuk bonus dan dividen kepada pencarum," katanya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment