Kerjasama politik aneh Mahathir-Kit Siang tidak akan bertahan...

Kerjasama politik aneh antara bekas perdana menteri, Tun Mahathir Mohamad dan penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak akan bertahan lama.

Perkara itu didedahkan oleh bekas Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Tunku Abdul Aziz Tuanku Ibrahim malahan menegaskan kedua-dua tokoh hebat tersebut tidak memiliki banyak persamaan untuk mengekalkan kerjasama.

Sebaliknya ujar beliau, dua pemimpin tersebut bergabung buat sementara waktu hanya untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas sebab agenda peribadi dan bukan kerana kepentingan awam.

“Anda boleh nilai sendiri. Dia (Mahathir) dahulu pernah berkata mana-mana orang Melayu yang bekerja dengan DAP adalah tidak setia dan kehilangan jiwa Melayu. Sekarang dia pula yang bekerjasama dengan Lim Kit Siang.

“Penyatuan ini hanyalah satu bentuk keselesaan semata-mata dan ia tidak akan membawa mereka ke mana-mana pun. Apa yang mereka dapat hanyalah melakukan pengkhianatan untuk menjatuhkan seorang perdana menteri.

“Saya tidak fikir mereka memiliki persamaan yang banyak untuk mengekalkan kerjasama janggal tersebut,” kata Tunku Abdul Aziz yang juga bekas presiden Transparency International dalam sidang akhbar Selasa.

Menurut beliau lagi, Mahathir sebenarnya memperoleh banyak manfaat daripada UMNO namun kini tergamak pula berkelakuan seperti pengkhianat bukan sahaja terhadap kepimpinan UMNO tetapi juga kepada negaranya sendiri.

Bahkan tambah Tunku Abdul Aziz, kerjasama pelik antara Mahathir dan Kit Siang adalah satu kesilapan yang amat besar dan kedua-dua mereka itu pun tidak boleh lagi dipercayai dari segi prinsip perjuangan masing-masing.

“Bagi saya kedua-duanya tidak boleh dipercayai. Ambil peluang adalah sesuatu yang telah dilakukan sepanjang hidup mereka. Jadi seperti apa yang saya katakan kerjasama ini bukanlah sesuatu yang bijak untuk mereka lakukan.

“Ini berdasarkan fakta, saya tidak percaya selepas apa yang berlaku bertahun-tahun sebelum ini, selepas segala pertelagahan dan ketidakpercayaan tiba-tiba mereka boleh peluk dan bercium antara satu sama lain,” katanya.

Tunku Abdul Aziz merujuk kerjasama Mahathir dan Kit Siang menerusi Pakatan Harapan diketuai DAP termasuk menubuhkan parti sendiri, PPBM setelah gagal ‘menumbangkan’ Najib dalam UMNO sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana