Kerajaan DAP... bodoh tak boleh ajar, pandai tak boleh ikut

ni balanya apabila ramai yang percaya dengan gebang DAP bahawa mereka sungguh cekap sehingga boleh menyelesaikan masalah banjir di Pulau Pinang hanya satu penggal memerintah.

Kini selepas dua penggal, masalah banjir masih berlaku malah lebih teruk.

Untuk rekod, semua negara dalam dunia hadapi masalah banjir, tapi dalam nak diskredit BN, DAP dengan angkuh kata mereka ada penyelesaian jika mamerintah.

Terbukti ini... itu semua 'gebang' sahaja malah kajian oleh pakar ekologi mendapati pembangunan tanpa perancangan selama dua penggal DAP memerintah Pulau Pinang menyebabkan banjir makin kerap berlaku termasuk di kawasan-kawasan yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Sebab itu ada yang kata kerajaan DAP ini 'bodoh tak boleh ajar, pandai tak boleh ikut'.

Baru seminggu banjir kilat melanda ibu negeri Pulau Pinang sehingga menjejaskan aktiviti seharian pendudukya, negeri ini masih tidak terlepas daripada bencana alam ini walaupun pada hari pertama pelajar mengambil peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Memburukkan lagi keadaan, ialah berlakunya tanah runtuh dan sebahagian jalan utama menghubungkan Teluk Bahang dengan pusat bandar George Town runtuh, mengakibatkan beratus pengguna lalu lintas terperangkap di kedua-dua arah.

Sebelas pelajar yang mengambil peperiksaan hari ini di Teluk Bahang yang terkandas telah diletakkan di sekolah berhampiran bagi memastikan mereka mengambil peperiksaan mereka.

Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Shaari Osman ketika dihubungi Bernama berkata pada masa ini keadaan adalah terkawal dan mampu dikendalikan jabatan itu.

"Paras air di beberapa tempat di sekitar negeri ini termasuk Sungai Pinang sedang meningkat dan kami mempunyai pelan alternatif untuk dilaksanakan jika keadaan semakin buruk," katanya.

Shaari juga menghubungi Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Farizan Darus untuk meminta bantuan dan daripada pihak berkuasa lain seperti polis dan bomba.

"Kami bekerja rapat dengan kesemua jabatan bagi kesejahteraan pelajar," katanya.

Menurut satu laporan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, tiada yang cedera akibat tanah runtuh di Teluk Bahang dan polis telah menjutup jalan terbabit.

"Kami sedang membersihkan kawasan berkenaan bagi memastikan keselamatan orang ramai," kata jurucakap bomba dalam kenyataan itu.

Terdahulu, beberapa pelajar yang tinggal di Jalan P.Ramlee diangkut dengan bot ke sekolah untuk mengambil SPM yang bermula hari ini.

Banjir kilat berlaku apabila hujan berterusan di sekitar negeri ini sejak tengah malam tadi dan beberapa kawasan dibanjiri air sehingga di atas paras pinggang dan beberapa tempat termasuk Jalan Masjid Negeri dan Bandar Baru Air Itam, berada di paras lutut.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana