Kekayaan Luar Biasa Pembantu Khas Zuraida Dipersoalkan

RAKYAT Malaysia dikejutkan dengan pendedahan kekayaan luar biasa Datuk Adam Rosly yang baru berusia 28 tahun. Beliau merupakan Ketua AMK Ampang dan juga pembantu khas Ahli Parlimen PKR Ampang, Zuraida Kamaruddin.

Zuraida pula merupakan Ketua Wanita PKR, Timbalan Pengerusi PKR Selangor yang juga merupakan orang kanan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Azmin Ali.

Ketua Umno Bahagian Ampang Datuk Ismail Kijo dan Datuk Seri Jamal Md Yunos akan membuat laporan berhubung kekayaan Datuk Adam Rosly kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Lembaga Hasil Dalam negeri (LHDN).

Menurut Ismail laporan itu dibuat memandangkan Adam yang juga ketua pemuda PKR Ampang itu seakan-akan mencabarnya untuk bertindak sedemikian.

“Dia cabar kononnya (kami perlu) lapor kepada SPRM.

“Lepas ini kita akan pergi ke Putrajaya, lepas ini jam 3 petang kita akan buat laporan pada SPRM suruh mereka siasat dari mana Adam mendapat (sumber) kewangan.

“Ada atau tidak dia (Adam) bayar cukai? Kita (juga) nak LHDN siasat dan kalau perlu, (kalau) dia tak bayar cukai tindakan mestilah diambil,” katanya kepada pemberita di luar kediaman Adam di Ampang hari ini.

Sebelum itu Jamal – pemimpin kumpulan Baju Merah – membawa wakil media menaiki helikopter untuk meninjau “kekayaan” di rumah Adam di Ampang.

Dakwa Jamal, Adam memiliki banglo dan pelbagai kereta mewah meskipun baru sepenggal memegang jawatan dalam PKR.

Jamal menaiki helikopter kira-kira jam 12 tengah hari dan meninjau rumah Adam dari udara sekitar 15 minit.

Helikopter itu mendarat semula di Tasik Titiwangsa dan Jamal tiba di rumah Adam kira-kira jam 1.20 petang.

Sementara itu Jamal turut mendakwa Adam dengan hanya berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kekayaan yang dimiliki tersebut sungguh luar biasa.

“Kelulusannya SPM sahaja tapi saya bangga anak Melayu yang berjaya berbanding anak muda lain di Ampang.

“Saya bukan nak menuduh tapi nak tanya pada Adam – dari mana hasil kekayaan luar biasa (itu diperolehi)?” soalnya.

Dalam pada itu Jamal menggesa supaya Adam memberikan penjelasan kepada masyarakat berhubung kekayaan luar biasa tersebut.

“Kita lihat Adam seorang yang berjaya di umur 28. Tapi kita mempersoalkan sebelum dia memegang AMK Ampang dan selepas memegang jawatan. Sebelum itu kita tak tahu identiti dia kerja apa.

“Dia perlu jelaskan pada pengundi Ampang mengenai kekayaan itu,” katanya.

Memetik pula kenyataan  Captain M  yang membongkar kekayaan melampau Adam dan Zuraida seperti berikut :

1. Captain M pernah mendedahkan Zuraida dan pegawai khasnya Adam Rosly budak miskin yang kini kaya-raya selepas menjadi pegawai khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang. Ini adalah bukti bahawa Zuraida menggunakan proksi untuk mengumpul kekayaannya. Laporan kepada SPRM juga telah dibuat. entahlah SPRM seakan tidak berminat dengan rasuah orang politik.

2. Kontroversi 2013 di Ampang mengingatkan pengundi di sana berkenaan seorang macai bernama Adam Rosly yang pernah menyeleweng sumbangan seorang tokoh korporat bergelar ‘Tan Sri’ untuk pembangunan & maintenance sebuah Masjid di dalam kawasan Lembah Jaya, Ampang. Sumbangan RATUSAN RIBU RINGGIT MALAYSIA lesap entah ke mana. Perkara ini pernah dibicarakan di dalam pelbagai blog pada tahun tersebut.

3. Adam ketika itu cuba menapak di dalam PAS Pandan diselamatkan oleh Zuraida selepas ditolak oleh kepimpinan PAS. Akhirnya selepas pemilihan PKR, beliau berjaya menjawat jawatan Ketua AMK atas dasar ‘arahan’ Zuraida.

4. Tahun silih berganti, Adam Rosly semakin ligat mengumpul kekayaan di kala ahli & pengundi PKR terus dibisikkan dengan persepsi bahawa kehidupan rakyat semakin teruk dan tersepit. Namun dalam masa yang sama, ramai yang telah mula bersuara mempersoalkan kekayaan beliau pada usia muda ini, memiliki rumah mewah RM7 juta dan puluhan kenderaan mewah seperti Zuraida Kamaruddin bosnya.

5. Zuraida menggunakan kuasanya telah melantik Adam menjadi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Selaku proksi Zuraida, kini Adam kaya raya hasil rompakan di PBT secara terbuka, beliau juga mempunyai hubungan istimewa dan rapat dengan Mantan MB Tan Sri Khalid sebelum ini & kini MB Azmin Ali.

6. Ketika kisah Zuraida Mak Lampir menjadi isu sejak 16 Jun 2016 yang lalu berhubung kekayaan dan pemilikan kereta mewahnya bertali arus isu muncul sehingga terdedahnya kenderaan milik ‘taukeh’. Namun kelibat Adam dilihat cuba tidak menonjolkan diri di hadapan umum.

7. Malah proksi Zuraida Marsita Ahmad, Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor merangkap Ketua Wanita PKR Hulu Selangor pernah didedahkan sebelum ini menerusi TV3 oleh CheGuBARD dan akhirnya menekan Zuraida.

8. Bulan Julai lalu Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang sudah bergelar Dato’ berbanding MP Ampang dan ADUN di kawasan Ampang. Zuraida yg rapat dengan MB Selangor pun tak dapat gelaran itu.

9. Persoalannya apakah jasa yang menyebabkan beliau mendapat pingat di Pahang? Bak kata ahli PKR Ampang, bukankah lebih mula sekiranya pingat tersebut didapatkan untuk bos nya si Zuraida. Itu tandanya Adam Rosly kaya raya untuk membeli gelaran Dato’ itu. Agak-agak APA JASA ADAM ROSLY DI PAHANG jika Selangor pun tidak berminat mengenang jasa Adam Rosly dan Zuraida Kamaruddin!

10. Pendedahan rumah mewah Adam RM 7 Juta di Ampang ditengah-tengah kawasan orang miskin bukti betapa khabar angin kekayaan Zuraida melalui proksi adalah benar. Penipuan Zuraida menggunakan kelayakan MP dalam pembelian kereta mewahnya sudah terbukti.

PRU14.tv



Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment