Kehadiran Dr Mahathir Hanya Gimik Pembangkang - Azalina

PETALING JAYA: Kehadiran Tun Dr Mahathir Mohamad di Parlimen hanya satu gimik, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

"Tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang menjemput Tun Dr Mahathir Mohamad ke Parlimen menunjukkan mereka sangat terdesak sehingga perlu mendapatkan sokongan luar. Ia tidak lebih daripada sekadar satu gimik pembangkang," katanya dalam satu kenyataan.

Ahli-ahli Parlimen pembangkang menjemput mantan perdana menteri itu bagi membincangkan mengenai isu imuniti ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat.

"Saya tertanya-tanya mengapa pembangkang tidak menggunakan perintah tetap (Parlimen) sedia ada untuk membincangkan sesuatu yang tidak dipersetujui dalam sidang Dewan Rakyat," kata Azalina, sambil menambah bahawa Dewan Rakyat mempunyai mekanisme dan prosedur untuk menangani isu-isu dengan adil.

Beliau berpendapat kehadiran Dr Mahathir tidak membawa sebarang makna kepada sistem berparlimen.

"Bolehkah pembaharuan Parlimen yang kita laksanakan di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Tun Razak dapat direalisasikan semasa beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri?" soal Azalina.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment