KEDAH ANGGAP MAHATHIR KINI SEBAGAI PENGKHIANAT

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meskipun pernah menabur jasa, namun beliau juga ditegas pernah melakukan pelbagai kesilapan sepanjang kekuasaan beliau selama 22 tahun mentadbir negara ini.

Setiausaha Agung Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK), Datuk Abdul Rahman Ibrahim berkata, dengan segala tindakan mantan Perdana Menteri itu melayakkan beliau untuk digelar sebagai “pengkhianat” negara dan parti.

“Dia nak jatuhkan Datuk Seri Mohd Najib seorang, tapi apa yang dia buat ini sebenarnya menghuru-harakan, merosakkan, mempengaruhi orang awam untuk menjatuhkan sebuah kerajaan, bukan menjatuhkan seorang pemimpin saja.

“Kalau dulu dia kutuk (Datuk Seri) Anwar Ibrahim kerana memburukkan Malaysia di luar negara, tapi hari ini dia sendiri memainkan peranan yang dulu dia kutuk. Dia merosakkan reputasi kita di mata dunia luar, menakutkan dan menjejaskan keyakinan para pelabur, dia pergi memburukkan negara.

“Jadi untuk melabelkan dirinya kini sebagai pengkhianat, pada saya ia bukan satu istilah yang janggal. Dia boleh dilabel sebagai pengkhianat dengan sikapnya yang begitu,” tegas beliau ketika ditemubual Kedahnews.com di sini, semalam.

Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Pengerusi MUBARAK Kedah menegaskan bahawa Mahathir sebenarnya tidak bersifat “maksum” seperti yang dilihat para penyokong yang taksub padanya.

Sikap Mahathir yang hanya menganggap dirinya semua betul dan orang lain semuanya salah sebenarnya telah merungkai kembali segala kesilapan dan “dosa-dosa hitam” yang pernah beliau lakukan sepanjang 22 tahun berkuasa di negara ini.

“Dr. Mahathir sebagai pemimpin pun bukan semua dia buat itu betul. Dia juga telah banyak melakukan kesilapan dalam masa dia menjadi Perdana Menteri.

“Misalnya di Kedah ini dia pernah membawa (Tan Sri) Sanusi (Junid) menjadi Menteri Besar walaupun dinasihatkan oleh 22 wakil rakyat yang baru dipilih bahawa kehadiran Sanusi tidak sesuai.

“Kerana dia bawa juga, akhirnya BN Kedah jatuh ke tangan pembangkang ketika itu,” jelasnya.

Selain itu, projek Perwaja Steel ciptaan Mahathir di Gurun, Kedah, turut terpalit dengan pelbagai skandal ratusan juta dan akhirnya mengalami kerugian besar sehingga menemui jalan buntu serta gagal diselamatkan lagi.

“Banyak lagi kesilapan-kesilapan lain. Dari segi projek, dia buat Perwaja di Gurun juga tidak memperoleh keuntungan, malah satu projek yang merugikan.

“Pada masa itu tidak orang yang mengkritik dia, tapi hari ini dia melihat apa yang dilakukan oleh kerajaan sebagai suatu yang lemah, yang salah.. yang dia buat saja betul,” kata tokoh yang pernah berjasa di Kedah itu lagi.

Abdul Rahman menegaskan bahawa Dr Mahathir tidak salah untuk memberi sebarang nasihat atau pandangan, namun ia perlu mengikut saluran yang betul seperti yang mantan Perdana Menteri itu sarankan ketika menjadi Perdana Menteri.

Tegasnya, apa yang dilakukan Mahathir kini adalah tidak wajar sama sekali untuk dijadikan contoh kepada generasi akan datang dan ia hanya akan menyemarakkan lagi budaya negatif di kalangan rakyat di negara ini.

“Dia boleh berikan nasihat pandangan, tapi untuk lead sebuah kumpulan, rosakkan negara dan jatuhkan pemimpin adalah satu tindakan yang tidak wajar untuk dilakukan oleh seorang negarawan seperti dia.

“Dia sepatutnya menunjukkan contoh yang baik kepada generasi muda hari ini.

“Dulu dia kata kalau tak setuju dengan kerajaan, kita tunggu pilihan raya. Tapi hari ini dia bawa anak-anak muda orang ramai ke jalanan. Jadi saya rasa tak sesuai sama sekalilah,” kata beliau, kesal dengan tindakan Mahathir di lewat usia negarawan itu.

Abdul Rahman berkata demikian ketika ditemubual Kedahnews.com ketika menghadiri Konvensyen UMNO Kedah 2016 yang menghimpukan lebih 1,000 pimpinan, ketua-ketua sayap UMNO dan perwakilan dari 15 UMNO Bahagian, di sini, semalam, .-Kedahnews.com

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana