Kadir Jasin Lupa Zaman Mahathir Hutang Pernah Cecah 108% Dari KDNK, Negara Tidak Muflis Juga

Dipetik dari facebook AB Jalil Backer

Mengapa Malaysia Perlu Berhutang?

1. Malaysia adalah negara yang sedang membangun. Untuk mempercepatkan pembangunan Kerajaan Malaysia perlu berhutang.

2. Dengan pendapatan hanya sekitar RM 200 bilion setahun, Malaysia tidak berupaya membangunkan prasarana dengan cepat tanpa berhutang. Mustahil Malaysia mampu membina MRT, Landasan Berkembar, Lebuh Raya Pan Borneo, Lapangan Terbang, Pelabuhan dan pelbagai prasarana lagi menggunakan pendapatan negara.

3. Ini kerana pendapatan RM 200 bilion ini juga kita gunakan untuk membayar gaji kaki tangan kerajaan, memberi subsidi (sebelum rasionalisasi subsidi jumlah perbelanjaan subsidi sahaja mencecah RM 40 bilion). Kos pengurusan kesihatan, keselamatan dan pendidikan juga semakin meningkat tinggi seiring pertambahan jumlah rakyat.

4. Kerajaan juga perlu menggunakan pendapatan untuk membina prasarana tidak menguntungkan seperti sekolah, hopsital, balai polis, kem tentera, jalan raya biasa, tiang letrik dan telefon di kampung-kampung, bekalan air bersih dan sebagainya. Ini belum di kira kelengkapan anggota keselamatan yang sentiasa perlu ditingkatkan kualiti.

5.. Hutang kerajaan sekarang berjumlah RM655.7 bilion atau 53.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Namun sebanyak 95.9 peratus atau RM628.8 bilion merupakan hutang domestik sementara 4.1 peratus atau RM26.9 bilion adalah pinjaman luar pesisir.

6. Hutang domestik kerajaan paling besar ialah kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Tabung Haji, pencarum PNB dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP). Ia merupakan hutang dalam bentuk pelaburan prasarana seperti pembinaan lebuh raya, lapangan terbang dan MRT.

7. Hutang ini dibayar melalui pulangan pendapatan prasarana ini. Ia memberi keuntungan kepada rakyat. Pembangunan dipercepatkan akan membolehkan ekonomi berkembang pesat. Ini mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan untuk rakyat. Dalam masa yang sama ia memberi jaminan kepada penyimpan KWSP, Tabung Haji, PNB bahawa pelaburan mereka terjamin berbanding mereka melabur di tempat lain.

8. Kepada beberapa penulis yang masih bernostalgia dengan Tun Mahathir seperti A Kadir Jasin, Ku Seman Ku Hussain, Zainuddin Maidin, atau pro-Anwar seperti Din Merican, mari kita ingat bahawa hutang kerajaan sekarang hanyalah 53.2 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

9. Ini berbanding pada zaman Tun Mahathir, hutang negara pernah mencecah sehingga 103.4% (1986), 96.4% (1988) dan 75% (1990) daripada KDNK ketika itu.

10. Hutang kerajaan adalah dalam keadaan baik kerana kerajaan berhutang untuk melaksanakan pembangunan yang merancakkan ekonomi negara dan mendatangkan pulangan untuk membayar hutang tersebut.

11. Malah dari segi teori ekonomi pun, hutang kerajaan di bawah 55% daripada KDNK negara adalah sesuatu yang dianggap berada dalam keadaan baik.-MYKMU.NET

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana