Jom Baca Sini!!!! Kementerian Kesihatan jawab salah faham mengenai caj hospital

Caj rawatan yang dikenakan terhadap pesakit masih kekal RM1 di Jabatan Pesakit Luar Am dan RM5 di Jabatan Pesakit Luar Pakar, kata Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min.

Beliau berkata caj rawatan yang dikenakan ke atas pesakit di hospital dan klinik kesihatan adalah sebagaimana yang ditetapkan dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982.

“Caj yang perlu dibayar oleh pesakit sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP) adalah berdasarkan Perintah Fi (Perubatan) Bayar Penuh 2007.

“Manakala, perkhidmatan yang diberikan melalui klinik bergerak sama ada melalui pengangkutan darat, laut atau perkhidmatan doktor udara juga adalah
percuma,” katanya.

Beliau memberi penjelasan itu ekoran salah faham di kalangan orang awam mengenai caj rawatan di hospital dan klinik KKM serta caj PPBP yang disebar di media sosial.

Dr Chen berkata pegecualian caj rawatan juga diberikan kepada pesakit yang menghidap penyakit berjangkit, manakala ibu yang menjalani rawatan antenatal dan postnatal dan kanak-kanak di bawah umur satu tahun dikecualikan daripada caj pesakit luar.

“Kanak-kanak pra sekolah pula dikecualikan daripada caj rawatan pergigian (selain alat ortodontik), imunisasi dan vaksinasi,” katanya.

Dr Chen berkata pengecualian caj pesakit luar diberi kepada warga emas dan pengurangan caj 50% jika dimasukkan ke wad dengan jumlah bayaran maksimum
sebanyak RM250 sahaja.

Beliau juga berkata golongan yang diberikan pengecualian caj rawatan adalah orang kurang upaya, penerima bantuan kebajikan, pelajar sekolah serta penderma darah dan organ.

Bagi golongan yang tidak mampu mendapatkan rawatan perubatan, kerajaan telah menetapkan peraturan yang mereka boleh memohon untuk dikecualikan daripada membayar penuh atau sebahagian daripada caj yang dikenakan.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment