Ini soalan Najib pasal ‘dakapan mesra’ Mahathir-Kit Siang…betul ke mereka suka sama suka?

Inilah yang jadi soalan ramai orang melihat drama politik ‘ dakap mesra’ terkini.Ada yang bingung malah ada yang anggapnya sebagai satu lawak politik yang boleh bikin negara rosak.

Datuk Seri Najib Tun Razak membuat kesimpulan beliau sendiri tentang hal ini.Baginya ia politik hipokrasi tahap paling tinggi.

Ahad…Perdana Menteri melontar soalan itu semasa berucap merasmikan Perhimpunan Agung MCA di Wisma MCA di Kuala Lumpur.

"Tuan-tuan ingat pembangkang ini genuine partnership (perkongsian tulen) ke? Adakah anda fikir Kit Siang betul-betul sukakan Mahathir ? Adakah anda fikir Mahathir benar-benar sukakan Kit Siang?

"Mahathir pernah kata secara terbuka, Kit Siang adalah rasis, anti-Melayu dan anti-Islam, dan Kit Siang pun kata Mahathir diktator dan banyak lagi dia kata. Pada saya ini bukan politik seimbang.

"Mana boleh kita percaya kepada pakatan politik berdasarkan hipokrasi," katanya.

Serentak dengan itu sambil mengingatkan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional adalah perkongsian tulin beliau berkata masa depan negara tidak boleh bergantung kepada pakatan politik yang hipokrit, tiada keikhlasan dan mengamalkan konsep pusingan U.

Sebaliknya, Perdana Menteri berkata rakyat perlu memilih parti politik yang bekerjasama erat dengan semua parti gabungan untuk masa depan rakyat dan negara yang lebih terjamin.

Memberikan contoh Barisan Nasional (BN), Najib yang juga Pengerusi BN berkata parti itu sentiasa membuat keputusan berdasarkan konsensus bersama anggota parti komponen dan mengamalkan prinsip kesederhanaan, tanpa melakukan sesuatu perkara yang ekstrem.

Perdana Menteri juga berkata politik pusingan U yang diamalkan pakatan pembangkang bukan sahaja mengelirukan rakyat, tetapi turut mengelirukan mereka sendiri.

"Berapa kali politik pusingan U ini saya pun tak tahu. Saya fikir mereka sudah hilang arah sebab sudah banyak kali (buat) pusingan U. Bukan sahaja rakyat keliru. Mereka sendiri (pun) sudah keliru. Tiada arah tujuan," kata Najib dipercayai merujuk kepada perubahan pendirian mendadak Dr Mahathir mengenai pembangkang berbanding masa lampau masa berkuasa.

Perdana Menteri berkata mereka bergabung semata-mata untuk matlamat bersama menjatuhkan Barisan Nasional.

Baginya politik yang berasaskan kebencian tidak akan kemana.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana