Info Untuk Berguna Kepada Kita Semua!!!! Kenapa susah sangat nak bagi 'signal'?

MASALAH utama yang diakui berlaku di kalangan pemandu Malaysia adalah kesukaran menekan tombol isyarat atau signal sebelum bertukar lorong ataupun mahu masuk ke simpang.

Kesukaran majoriti pemandu kita menggunakan tombol isyarat yang telah tersedia di sebelah stereng telah menyebabkan banyak kemalangan berlaku sedangkan masa digunakan untuk menekan tombol itu kurang daripada satu saat.

Pensyarah di sebuah universiti, Mohd Sofie Mohd berkata, dia pernah terlibat dalam satu kemalangan kecil gara-gara pemandu lain yang tidak memberikan isyarat terlebih dahulu.

Katanya, ia berlaku kerana sebuah kereta menukar lorong tanpa memberikan isyarat dan terus meluru masuk ke simpang sebelah kiri.

"Setibanya di satu simpang, saya di sebelah lorong kiri memandu macam biasa sebab tiada kereta lain naikkan isyarat. Tapi tiba-tiba kereta sebelah kanan masuk ke laluan saya dan terus ke simpang, kemudian dia brek, apa lagi saya pun terlanggar belakang kereta tersebut," katanya.

Walaupun kemalangan itu tidak menyebabkannya cedera, namun ia memberi gambaran masih terdapat pemandu Malaysia yang mementingkan diri sendiri.

"Orang macam ini sepatutnya tidak dibenarkan memandu kerana mereka membahayakan pemandu lain. Sepatutnya ada ujian moral sebelum meluluskan lesen seseorang," katanya.

Sementara itu, Abdullah Yusof pula mempunyai pengalaman yang menggerunkan di bulatan apabila keretanya tergelincir dan berpusing kerana mahu mengelak motosikal yang meluru masuk.

Katanya, kejadian empat tahun lepas itu terjadi kerana sekumpulan motosikal tidak memperlahankan kenderaan mereka sedangkan Abdullah mahu keluar dari bulatan tersebut.

"Saya pandu macam biasa, bila nak keluar dari bulatan, saya nampak motosikal ini terus masuk. Saya terpaksa brek mengejut untuk mengelak mereka dan kereta saya pun berpusing. Nasib baik saya tidak dilanggar dari belakang," katanya.

Kata Abdullah lagi, seorang rakannya pernah terlibat dalam kemalangan di bulatan sehingga mengakibatkannya tercedera kerana kereta terbalik dan berpusing ke dalam bulatan.

"Setiap pemandu perlu tahu bila mahu memperlahankan kenderaan, jika tidak mereka boleh terlibat dalam kemalangan. Kita semua perlu berhemah di atas jalan raya," katanya

Ramai tidak tahu beratur

Tidak keterlaluan jika dikatakan, hampir sebilangan besar pemandu di negara ini tidak mematuhi

amalan beratur ketika di jalan raya.

Di simpang, lampu isyarat atau di plaza tol, pemandu jenis ini akan memotong barisan untuk ke depan tanpa memikirkan orang lain.

Menceritakan pengalaman berhadapan dengan pemandu seperti ini, Ahmad Saufiyyan Abu

Hassan berkata, dia pernah dilanggar kereta yang tidak sabarsabar mahu masuk ke simpang.

"Kejadian itu berlaku 12 tahun lepas, saya menunggang di kiri jalan, tiba-tiba ada sebuah kereta masuk dari kanan dan terus menghentam saya. Saya pengsan dan bersyukur masih selamat.

"Kejadian ini membuatkan saya amat marah apabila melihat pemandu lain tidak tahu beratur

dan terus potong di hadapan, ia membahayakan penunggang motosikal," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, bagi mengurangkan jumlah pemandu seperti ini, satu undang-undang perlu dipinda bagi menghukum pemandu yang tidak tahu beratur.

"Selain itu pihak berwajib perlu menambah kamera bagi memantau kawasan-kawasan yang diketahui sering berlaku kejadian memotong seperti ini. Mereka juga memotong menggunakan laluan kecemasan," katanya.

Sementara itu, Nick Mohd Yasier berkata, dia sering berhadapan dengan pemandu seperti ini, malah dia juga pernah dimarahi beberapa kali oleh pemandu yang bersikap samseng di jalan raya.

"Di plaza tol, kita dah sampai ke depan, tapi dia potong, kita bunyikan hon. Bukannya nak

berterima kasih tapi menunjukkan isyarat lucah pula kepada kita.

"Saya sudah beberapa kali terkena dengan pemandu seperti ini. Umpama jalan raya dia yang punya," katanya.

Bagi menyelesaikan masalah ini, dia mencadangkan supaya satu mata pelajaran perlu diwujudkan di sekolah bagi memupuk sifat tidak pentingkan diri terumanya di jalan raya.

"Bagaimana cara pemanduan seseorang itu, begitulah gayanya di luar," katanya.

Punca kemalangan

Memandu secara berbahaya

Memandu dengan laju

Kepenatan / keletihan Keselamatan, kesihatan dan persekitaran

Kerosakan jalan

Memandu di bawah pengaruh alkohol/dadah

Kerosakan brek

Kebolehlihatan

Kerosakan tayar

Memandu dengan lebih muatan

* Berdasarkan kajian oleh Unit Rekonstruksi Kemalangan Miros, memandu secara berbahaya, memandu laju dan kepenatan adalah punca-punca utama berlakunya kemalangan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana