Hukuman terlalu ringan, AG failkan rayuan pasangan ganggu penjawat awam

 Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadap Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun yang disifatkan masih terlalu ringan berikutan kesalahan kekerasan jenayah mereka menakutkan penjawat awam daripada menjalankan kewajipan yang sah di sisi undang-undang.

Peguam Negara (AG) Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata pihaknya memandang serius perbuatan tersebut dan telah memfailkan rayuan tersebut pada Jumaat, iaitu pada hari yang sama hukuman dijatuhkan.

Jabatan ini berpandangan bahawa hukuman yang telah dijatuhkan oleh mahkamah terhadap Lor Ka Hoo dan Tan Sit Fun adalah terlampau ringan (manifestly inadequate) berbanding kesalahan yang telah dilakukan.

“Walaupun kedua-dua tertuduh telah mengaku bersalah, namun hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada kedua-dua mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan ini,” kata Mohamed Apandi dalam satu kenyataan pada Ahad.

Ka Hoon dan Sit Fun pada Khamis telah menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan seorang pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) daripada menjalankan tugasnya yang kemudian menjadi viral di media sosial.

Kedua-dua mereka kemudiannya disabitkan kesalahan di bawah seksyen 353 Kanun Keseksaan dan dijatuhkan hukuman penjara selama 14 hari dan didenda sebanyak RM3,000.

Jika gagal mereka masing-masing akan dipenjara selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Shah Alam.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment