Giliran Imam besar Kuwait 'Bakar' Israel

OTTAWA: Krisis kebakaran yang melanda Israel ternyata menggembirakan ramai pihak terutamanya umat Islam yang menganggap bencana itu sebagai bala ke atas kekejaman rejim Zionis terhadap penduduk Palestin.

Terbaru, trend "Tel_Aviv_IsBurning” (Tel_Aviv Sedang Dibakar) dan  “Israel_IsBurning" (Israel Sedang Dibakar) tersebar dan menjadi ikutan dalam laman sosial Twitter.

Tidak terkecuali, Imam Besar Kuwait, Sheikh Mishary Alfasy Rashid turut melahirkan rasa syukurnya terhadap bala yang diturunkan Allah ke atas Israel menerusi kenyataan dan gambar yang dikongsi dalam Twitter.

"Semoga api terus membakar," katanya kepada 11.6 juta pengikut laman sosial itu.

Kenyataan itu dikongsi semula sebanyak 20,000 kali dalam tempoh 24 jam selepas disiarkan.

Bagaimanapun tindakan Sheikh Mishary itu mengundang kecaman daripada jurucakap Perdana Menteri Israel, Ofir Gendelman yang menganggap kenyataan tersebut sebagai satu sifat kebencian.

Terdahulu, Imam Kanada, Mazin Abdul Adhim menyatakan bencana yang menimpa Israel sebagai bala Allah atas kekejamam Israel menindas dan menceroboh Palestin.

Kebakaran hutan di tanah jajahan Israel memasuki hari kelima yang menyaksikan lebih 80,000 penduduk terpaksa dipindahkan selain rejim Zionis merayu bantuan dari negara luar untuk memadamkan api.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment