FAKTA BUKAN AUTA...HABIS NAK BUAT PROJECT UNTUK KRONI?

"MUKHRIZ HINA RAKYAT TERIMA BR1M & ATLET PARALIMPIK TAPI SYARIKATNYA OPCOM DIBERI PROJEK RUNDINGAN TERUS HINGGA KE HARI INI DI TM"

*DIA KAYA RAYA KERANA LESEN PERCUMA HINA RAKYAT?*

Penerima BRIM tiada maruah? Sekadar pancingan? RM 7b setiap rakyat Malaysia yang layak dapat BRIM. Mahathir bina KLCC untuk Kroni dan taikun sahaja. Apa salahnya rakyat dapat manfaat terus dari kerajaan?

*MUKHRIZ ANAK ORANG KAYA HINA RAKYAT MARHAEN?*

1. Dua twitter Mukhriz Mahathir menunjukkan "Mat Blur" anak Mahathir ni apa dia kisah perasan rakyat asalkan dia sendiri senang dan kaya raya.

i. #Bajet2017 Walaupun kita bangga kejayaan atlet2 paralimpik yg harum nama negara, kesian lihat mereka diguna oleh PM yg cemar nama Malaysia
ii. @NajibRazak #Bajet2017 teruskan bagi ikan. Tak perlu beri pancing supaya Rakyat terus bergantung harap kpd Kerajaan. Kemana maruah kita?

2. Bagi Mukhriz BRIM adalah ikan dan umpan kononnya menjadikan rakyat bergantung kepada kerajaan. Baginya konsep kroni macam bapanya Mahathir sejak 22 tahun jadi PM adalah terbaik. Beri jutaan dan bilion projek pada taikun, rakyat hanya tukang lihat hasil kerja bapanya dan taikun untuk dibangga. Wal hal BRIM yang kerajaan belanjakan hampir RM7b setiap tahun terus dinikmati secara langsung oleh rakyat yang layak. Mukhriz tidak rela. Kalau boleh berilah projek kepada kroni macam Mahathir beri projek kepada syarikatnya OPCOM HOLDING BERHAD tahun 2003 projek fiber optik. Bapanya Tun M walau tak jadi PM terus menekan semua PM agar menuruti semua kata-katanya. Tapi dengan PM Najib "No Way".

Tun M bapanya: Demi kroni dan anak-anaknya Mahathir sanggup menyerang Paklah...kini menyerang PM Najib. Dan keluar parti tubuh parti PPBM.

3. Apa faedah bekas MB Mat Blur ini menghina atlet paralimpik. Mereka bekerja kuat dan bersungguh demi negara. Buktinya mereka berjaya. Mana-mana kerajaan pun mempunyai cara tersendiri menghargai atlet mereka. Kenapa perlu Mukhriz menghina mereka seolah-olah mereka mudah dipergunakan? Sepatutnya Mukhriz bersyukur rakyat mendapat manfaat. Jadi pemimpin bahaslah pada kelemahan bukan pada pemberian yang mereka sebagai rakyat telah terima dan hargai! Mat Blur memang otak mereng!

4. Bagi Mukhriz kebanggaan sebenar beliau ialah menjadi kaya, monopoli projek, beri pada taikun bapanya dan beliau serta keluarganya berlagak alim serta marhaen. Itu semua lakonan mereka sahaja.

"APA DIA PEDULI RAKYAT. YANG PENTING DIA KAYA"

5. Lihat saja pada 22 Julai lalu sehari selepas Saman Sivil Jabatan Kehakiman AS terhadap beberapa individu yang dikaitkan dengan IMDB sehingga kepada pembekuan Aset dibawah Kleptocracy Asset Recovery Initiative, Bursa Saham mengumumkan Dato' Seri Mukhriz Mahathir menambahkan kepentingannya di Opcom Holding Berhad melalui Syarikat KAF Nominees Sdn Bhd dan EB Nominess Sdn Bhd penambahan 29%. Dia menambah harta dan kekayaan!

Mukhriz hanya berlakon marhaen. Ketika suasana bising dia divert menambah saham. Tertipulah rakyat. Rakyat BRIM dia hina tapi dia kaya-kaya.

6. Betullah kata orang walaupun Mukhriz Mahathir bukan lagi MB Kedah, mantan CEO Opcom Holding Berhad ini akan terus kaya dan kaya. Syarikat yang mendapat projek gentian optik TM semasa Mahathir PM lagi tak mungkin menjadi miskin.

7. Pada tahun 2009 ketika Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mukhriz telah meletak jawatan sebagai Pengerusi dan CEO Opcom Holdings Bhd. Ketika itu Mukhriz menguasai 65.062 juta saham dalam Opcom. Ia digantikan dengan Mokhzani.

8. Mac 2015 selepas Tan Sri Mokhzani Mahathir menstruktur semula Opcom dan dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), saham Opcom melonjak tinggi 31.2 %. Bursa Malaysia turut mengumumkannya dalam portal mereka.

9. Media melaporkan Mukhriz Mahathir ketika itu terus memiliki kepentingan 23.5% dalam Opcom di atas namanya sendiri, 20.93% melalui Rezeki Tegas Sdn Bhd. Isteri Mukhriz, Toh Puan Norzieta Zakaria 26.94% melalui M Ocean Capital Sdn Bhd.

10. Opcom Holding Berhad dan Mukhriz pernah menjadi isu apabila Opcom dan adik- beradik Mukhriz mendapat kontrak daripada kerajaan ketika Mahathir Mohamad sebagai PM. Ia dianggap amalan kronisme dan nepotisme. Opcom pada tahum 2003 mendapat Kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta #secararundingan terus" diberikan oleh Telekom Malaysia kelulusan Kementerian Kewangan. Mahathir Mohamad ketika itu adalah PM dan Menteri Kewangan. Opcom telah memonopoli projek fiber optik TM sehingga ke hari ini . (Rujuk surat MOF) bertarikh 7 Oktober 2003

semasa jadi PM Mahathir beri projek Rundingan Terus kepada OPCOM HOLDINGS BERHAD. Semua spesifkasi kabel fiber optik perlu di rujuk pada Opcom. Akhirnya TM menjadi hamba Opcom untuk setiap tender TM. Opcom mengawal pengeluar kabel.

11. Februari 2015, kerajaan telah menganugerahkan Telekom Malaysia Bhd ( TM) projek Jalur Lebar Berkelajuan Tinggi (HSBB) Fasa ke 2 melibatkan kos RM3.4b. Projek ini turut memberi manfaat kepada Opcom apabila dalam tahun 2015 TM menganugerahkan 3 projek berjumlah RM RM282.24 juta. Maklumlah surat wahyu MOF masih ada dan tekanan-tekanan Mahathir sejak Paklah menjadi PM. PM Najib sebenarnya malas nak ganggu business keluarga Mahathir ni tetapi Mahathir melampau dan tak pernah puas.

12. Kroni Mahathir bukan baru malah penghujung tahun 1990-an, syarikat perkapalan milik Mirzan, MISC diambilalih oleh Petronas dalam urusniaga bernilai lebih RM1 bilion. Malah Mokhzani menerusi syarikatnya, Tongkah Holdings mendapat kontrak bernilai ratusan juta ringgit dalam penswataan perkhidmatan sokongan hospital. Mahathir ni apa lagi dia hendak. Syarikat FlyJet Sdn Bhd milik Tan Sri Lee Kim Yew penyewaan Jet Persendirian (Bombardier Challenger 604 dan Boeing 737 pun Mahathir pemegang saham syarikat itu bersama anak perempuan Tan Sri Lim. Belum masuk lagi YTL dan Berjaya Group!

Itupun Mahathir masih bising mengenai Jet. Sedangkan beliau sendiri adalah Ahli Lembaga Pengarah syarikat proksi.

13. Sudah tiba masanya Kerajaan Membatalkan monopoli Opcom dalam Pengilangan, Pembekalan dan Penghantaran Cabel Fiber Obtik dari vendor TM. Syarat merujuk kepada Opcom haruslah dibatalkan. Beri peluang pengilang dan pembekal fiber lain. Jika boleh lahirkan lagi syarikat bumiputera lain bagi elak monopoli proksi Mahathir. Mereka bersekongkol dengan kuasa asing, pembangkang tetapi kekal mendapat projek ratusan juta. Ini tidak adil. Banyak lagi syarikat bumiputera yang boleh jika diberi peluang.

14. Keluarga Mahathir anak-beranak terus kaya dan bertambah kaya. Mereka sekeluarga tak kisah menghina rakyat yang miskin dan mendapat BRIM. Bagi mereka rakyat yang terima BRIM tiada maruah, pariya? Malah mereka tidak pernah pun merasa hendak menolong Atlet Paralimpik. 22 tahun bapanya memerintah negara apa dia beri pada atlet OKU? Nothing much laaah!

15. Kita belum bercerita mengenai Taikun Mahathir seperti *YTL* dan *Berjaya Group*. Mereka yang memiliki IPP marah dengan *IMDB*. Percayalah Mahathir tidak akan pernah merasa puas. Beliau akan mati di sisi harta dan berkehendakan kuasa untuk anaknya. Dengan kekayaan Mahathir dibantu proksinya yang kaya raya Mahathir pasti sanggup melakukan apa sahaja. Itulah ajaran The Prince.. Michaevelli.

**Apa lagi Mahathir mahu? Majalah Forbes meletakkan kedudukan Mokhzani di tempat ke 28 sebagai individu yang terkaya di Malaysia.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana