ECRL, jual maruah negara? LGE pun cari pelaburan di China

Tidak benar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menjual maruah negara apabila memilih China Communications Construction Company (CCCC) milik China untuk membina Keretapi Pantai Timur (ECRL).

Ini kerana menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan, ECRL dipunyai 100 peratus oleh kerajaan sedangkan CCCC hanya membina landasan.

“Saya dengar pihak pembangkang kata kita jual maruah negara. Ini salah. Sebenarnya, ECRL akan dipunyai oleh kita 100 peratus, dioperasi oleh kerajaan, CCCC hanya bina landasan.

“Tuduhan pembangkang bahawa kita jual maruah kita hanya retorik politik yang mahu mengelirukan rakyat,”katanya ketika menggulung perbahasan Bajet 2017 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat, malam tadi.

Katanya, idea yang baik oleh Perdana Menteri untuk penduduk di Pantai Timur sudah dirosakkan oleh pihak pembangkang.

Terdahalu, isu ECRL mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat apabila ahli-ahli parlimen pembangkang mempertikai projek tersebut termasuk mendakwa RM9 bilion daripada RM55 bilion kos projek disonglap oleh Barisan Nasional (BN).

Mereka sebelum ini menuduh kerajaan cuba berselindung mengenai projek tersebut apabila Abdul Rahman tidak menjawab isu ECRL ketika penggulungan peringkat Dasar minggu lalu kerana berada di luar negara.

Bagaimanapun beberapa penjelasan beliau menyebabkan ahli-ahli parlimen pembangkang terdiam terutama ketika Abdul Rahman bertanya pembangkang adakah mereka mahu menuduh Presiden dan Perdana Menteri China juga mahu songlap duit melalui projek tersebut.

Abdul Rahman turut membidas pembangkang kerana menentang  projek kerajaan dengan negara China apabila membuat pelbagai tuduhan sedangkan dalam masa sama Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng turut mencari pelaburan di negara ini.

“ Pembangkang balun kita sebab (buat) projek dengan China tetapi Ahli Parlimen Bagan (Guan Eng) dah beberapa kali pergi ke China minta pelaburan termasuk syarikat yang hendak menipu kita,” katanya.

Ketika ini Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Rahim mencelah, “ sebab negara China tahu mereka ini (Guan Eng) kes rasuah besar,”.

Kenyataan itu menyebabkan Ahli Parlimen DAP Puchong Gobind Singh Deo bangun mengeluarkan kata-kata kasar mengecam Abdul Rahman dan Abdul Azeez.

Kekecohan itu menyebabkan Timbalan Speakar Datuk Seri Ronald Kiandee menegur Gobind kerana mengeluarkan perkataan bodoh dan menipu di dalam Dewan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana