Dun Pulau Pinang lulus RUU penternakan babi...Banggangnya Melayu Ini RUU355 Ditentang Plak

RUU babi boleh diluluskan RUU355 tentang habisanmm MUNAFIK

GEORGETOWN - Persidangan Dun Pulau Pinang hari ini meluluskan Rang Undang-undang Perternakan Babi 2016.

Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pembangunan Luar Bandar dan Kesihatan negeri, Dr Afif Bahardin ketika membentangkan rang undang-undang itu berkata, enakmen tersebut diperkenalkan bagi mengawal selia dan memastikan industri berkenaan berkembang dengan sihat dan lestari pada masa akan datang.

"Kerajaan menyarankan semua penternakan tradisional bertukar kepada penternakan moden dan berteknologi," katanya pada persidangan Dun Pulau Pinang di sini.

Beliau berkata, kaedah penternakan sekarang selain menyebabkan pencemaran alam sekitar, turut menimbulkan isu keselamatan penyalahgunaan ubat-ubatan terlarang.

Sidang Dun yang berlangsung sejak 15 November lepas, kemudian ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Sepanjang persidangan tujuh hari itu, 76 soalan lisan dan 634 soalan bertulis dikemukakan, manakala dua rang undang-undang serta dua usul tergempar diluluskan. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana