Dr M fitnah, putar belit fakta negara akan bankrap

Sekali lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan fakta yang salah untuk memutar belit cerita dengan membuat dakwaan kerajaan tidak mampu membayar hutang dan seterusnya akan bankrap.

Tindakan Dr Mahathir menggunakan hujah dangkal kejatuhan mata wang ringgit sebagai faktor negara akan bankrap tidak masuk akal walhal hutang negara bukan dalam nilai mata wang asing sebaliknya dalam ringgit.

Seorang penulis politik yang aktif, Lim Sian See menyifatkan Dr Mahathir seorang penipu yang tidak layak dihormati memandangkan 98% hutang negara adalah dalam mata wang ringgit dan bukannya mata wang asing.

“Hello! 98% hutang kita adalah dalam ringgit Malaysia, bukan mata wang asing. Jadi ia tidak terkesan dengan pertukaran forex.

“Bagaimana Dr Mahathir boleh menipu terang-terangan begini? Beliau seorang penipu. Penipu seperti ini tidak layak dihormati,” katanya dalam satu kenyataan.

Dr Mahathir memutarbelit fakta, kalau menuduh kerana tak tahu, ianya kerana tak tahu tapi kalau tahu tapi masih menuduh, ianya menjadi fitnah.

Terdahulu dalam catatan blognya, Dr Mahathir mendakwa kerajaan tidak akan mampu membayar hutang kerana kadar tukaran ringgit kini pada RM4.50 berbanding dolar, dimana jumlah pinjaman negara akan mencecah RM900 bilion sekaligus akan menjadi punca negara bankrap.

Turut mempertikai kenyataan Dr Mahathir adalah Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yang menyifatkan Pengerusi PPBM itu telah membuat pengiraan yang salah berhubung hutang dengan apabila mengaitkan dengan mata wang AS.

Untuk maklumat katanya,  mengikut statistik terkini Bank Negara, 97% daripada hutang Malaysia adalah dalam Ringgit Malaysia.

“Sebarang perubahan dalam kadar pertukaran asing hanya mempunyai kesan marginal kepada nilai hutang kerajaan kita,” kata Abdul Rahman.

Tegasnya, keputusan kerajaan untuk hanya meminjam dalam Ringgit Malaysia adalah belajar dari masa lalu ketika kerajaan di bawah pimpinan Dr Mahathir telah meminjam dengan ketara daripada Jepun dalam Yen untuk membina projek-projek mega – antara lain, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pemindahan Air mentah Pahang-Selangor projek, Loji Kuasa Kenyir hidroelektrik dan projek Port Power Station Dickson.

Sudah tentu kerajaan tidak mahu mengulangi kesilapan beliau yang boleh memberi kesan kepada hutang negara tetapi jelas Dr Mahathir mahu berdolak dalih walaupun beliau tahu fakta sebenarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana