DISNEYLAND KETUA AMK AMPANG ADAM ROSLY DIDEDAH, SELEPAS INI BANGLO MEWAH ZAINOL ABIDIN MOHAMED KETUA AMK GOMBAK YANG KAYA-RAYA KERANA RASUAH BAKAL TERBONGKAR!

Adam Rosly mengaku kaya usia 28 tahun. Zainol Abidin Mohamad AMK Gombak juga kaya raya punya rumah mewah dan kereta mewah. Malah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya lagi. Tak mahu mengaku kaya ke macam Adam Rosly?

1. Sehari dua kecoh mengenai rumah banglo mewah RM 7 juta dan kenderaan mewah Dato' Adam Rosly Ketua AMK Ampang pegawai khas Zuraida Kamaruddin Ahli Parlimen Ampang.

2. Rakyat di Ampang sangat maklum Zuraida menggunakan kuasanya melantik Adam menjadi Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). Selaku proksi Zuraida, kini Adam kaya raya hasil rompakan di PBT secara terbuka, beliau juga mempunyai hubungan istimewa dan rapat dengan Mantan MB Tan Sri Khalid sebelum ini & kini MB Azmin Ali.

3. Bulan Julai lalu Adam Rosly Ketua Angkatan Muda Keadilan Ampang sudah bergelar Dato' berbanding MP Ampang dan ADUN di kawasan Ampang. Zuraida yang rapat dengan MB Selangor pun tak dapat gelaran itu.

4. Ramai mempersoalkan apakah jasa yang menyebabkan beliau mendapat pingat di Pahang? Ahli Parlimen PKR Ampangpun tidak mendapat gelaran itu. Itu tandanya Adam Rosly kaya raya untuk membeli gelaran Dato' itu. Agak-agak APA RESUME dan JASA ADAM ROSLY DI PAHANG jika Selangor pun tidak berminat mengenang jasa Adam Rosly dan Zuraida Kamaruddin?

Adam Rosly bersama ADUN Lembah Jaya Kassim Abd Aziz, ADUN Cemapaka, Ir Iskandar Abd Samad dan Zuraida. Ketika ini umur 26 tahun. masih berjinak dengan PAS dan akhirnya masuk PKR. Masih belum kaya lagi. Hari ini 2016 beliau sudah berumur 28 tahun. Dalam usia 28 tahun hanya dua tahun sudah kaya raya. HEBAT.

5. Zuraidah menafikan Adam Rosly proksinya. Semua tahu siapa Adam dari budak PAS merempat kepada budak PKR yang kaya raya. Kalau bapanya pun kaya itu adalah antara kekayaan yang dibawa oleh Adam Rosly buat keluarganya. Walaubagaimana dalam sidang media Adam Rosly hari ini (15 Nov 2016) beliau mengaku seorang yang kaya dan ramai orang muda berumur 28 tahun kaya sepertinya.

6. Pendedahan rumah mewah Adam RM 7 Juta di Ampang ditengah-tengah kawasan orang miskin bukti betapa kekayaan Zuraida melalui proksi adalah benar. Penipuan Zuraida menggunakan kelayakan MP dalam pembelian kereta mewahnya sudah terbukti.

7. Seorang lagi Ketua Angkatan Muda PKR yang jutawan harus dibangkitkan semula ialah Zainol Abidin Mohamed yang juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ). 26 Ogos lalu CheGuBard mendedahkan proksi Azmin Ali MB Selangor Zainol Abidin Mohamed Ketua AMK Gombak (Azmin Ali Ketua Cabang) yang juga Pengarah Projek Salak Land Development Sdn Bhd pemilik tanah Lot 68054 di kawasan Paya Indah Wetlands.

8. Turut didedahkan Mesej aplikasi "whatapps" antara bukti "arahan" kepada Exco Kerajaan Negeri dan penjawat awam bagi mendapat kelulusan pertukaran status 68054 daripada Pertanian kepada bangunan kediaman (pembangunan ) walaupun terletak di dalam kawasan Paya Indah Wetlands di mana 4 MB Selangor ( 22 tahun) tidak meluluskan kawasan itu. Namun sejak Azmin MB semua pantas berubah kerana Zainol Abidin adalah orang kuat dalam Cabang Gombak.

9. Semua urusan itu diuruskan oleh Zainol Abidin yang mempunyai akses kepada MB Selangor. Jika tidak bagaimana beliau mendapat kandungan fail mesyuarat Exco? Tentunya fail rahsia itu diperolehi melalui pejabat Menteri Besar. Para pegawai MB bersekongkol dengan Zainol. Zainol yang juga adalah Ahli Majlis Perbandaran Ampang Jaya tentulah memahami selok belok pengurusan ubah suai Rancangan Tempatan ( RT), status tanah, kewangan hinggalah kepada Kebenaran Merancang! Untuk makluman Zainol bukan pertama kali ditahan SPRM sebelum ini adalah kes rasuah PBT

10. Tentulah seseorang dari Salak Land Development Sdn Bhd telah berurusan dengannya bagi urusan pertukaran status tanah sehingga melantik Zainol sebagai Pengarah Projek. Itulah hebatnya kuasa wang!

11. Berapa jutakah komisen yang Zainol dan MB Selangor terima dari projek itu? Katanya Salak Land Development Sdn Bhd bakal membina projek GDV bilion ringgit di tapak tanah 68054 ini. Malah Rancangan Tempatan Zon Tanah diubah semata-mata kerana syarikat Salak Land. Lihat cara saja hidup Zainol kaya raya memiliki kereta mewah "hummer" walaupun beliau Ahli Majlis PBT

12. Kronologi skandal lot tanah 68054 menunjukkan Zainol Abidin proksi MB Selangor mempunyai hubungan berkepentingan untuk mempengaruhi keputusan MB dan Exco dalam MMKN. Hebat Zainol Abidin Mohamed ini hanya dengan 'WhatsApp' nya permohonan pertukaran status tanah lot 68054 Paya Indah Wetlands diluluskan MB dan Exco dalam MMKN pada 17 Februari 2015!

13. Hari ini syarikat yang sama dimiliki Gamuda Splash akhirnya bakal dibayar Azmin Ali RM2.7B. Dapatlah komisen RM 600 juta itu.

14. Jadi bukanlah sesuatu yang menghairankan sekarang jika mengetahui pemimpin PKR Selangor amat kaya raya dua penggal ini. Zuraida Mak Lampir sendiri asal jual ubat je kini jutawan selepas menjadi MP Ampang dua penggal, Adam Rosly budak yang selalu angkat beg dia dulu pun kini jutawan punya mahligai Disneyland Ampang!

15. Jika mereka kaya raya didedahkan tidak mengapa. Tapi kalau pemimpin UMNO atau Menteri punya rumah besar bukan main lagi mereka kata sila jawab rakyat nak tahu! Sekali lagi mohon SPRM siasat. Apa hendak tunggu orang lapor.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment