DAP pembohong... baki hutang negeri Perak hanya RM55.5juta

DAP gagal menggambarkan Perak sarat dengan hutang sehingga meletakan rakyat dalam kedudukan kewangan yang parah berbanding negeri-negeri lain di negara ini.

Penjelasan Menteri Besar bahawa Perak juga tidak mempunyai hutang yang besar kepada kerajaan pusat malah sehingga kini hutang-hutang itu dibayar dengan baik.

Sambil menolak dakwaan pembangkang beliau berkata baki sebenar hutang kerajaan negeri sehingga kini hanya tinggal RM55.5 juta.

Sejak hari pertama sidang DUN iaitu sebaik Menteri Besar selesai membentangkan bajet 2017, DAP (melalui sidang akhbar) membuat pelbagai dakwaan songsang konon Perak berdepan masalah kewangan yang serius.

Terbaru tentulah dakwaan Wong Kah Who (DAP – Canning) ketika menyertai perbahasan bajet di sidang DUN Khamis menggambarkan seolah-olah hutang kerajaan negeri semakin meningkat.

Ini gara-gara bajet defisit dibentangkan Menteri Besar berjumlah RM129.6 bagi tahun kewangan 2017,yang dianggap Ketua Pembangkang sebagai “bajet paling-paling teruk sejak saya jadi wakil rakyat.”

Menteri Besar yang menemui pihak media Khamis berkata “kekeliruan timbul kerana ia adalah hutang lama untuk beberapa projek seperti perumahan awam, pembentungan, rancangan pembangunan perusahaan, ladang hutan dan kompleks DUN.

Kerajaan negeri juga katanya telah membuat bayaran balik mengikut jadual yang telah ditetapkan, tanpa sebarang kelewatan.

“Perak adalah antara negeri yang dianggap tidak mempunyai beban hutang yang tinggi dan saya telah menjelaskan. Malah pihak Jabatan Audit telahpun membuat pengumuman bahawa dari segi pengurusan hutang, kita adalah antara yang terbaik dalam negara…malah kalau ada hutang yang sikit itupun, kita menjadi pembayar hutang yang terbaik,” katanya.

Mengenai hutang air Menteri Besar  berkata hutang berkenaan seperti ditimbulkan oleh wakil rakyat pembangkang itu, sebenarnya adalah di bawah perjanjian khas yang dibuat oleh kerajaan Persekutuan sebelum dilakukan migrasi.

“Hutang air ini yang diberi pinjaman dulu oleh pihak kerajaan Persekutuan dibuat proses migrasi…tetapi dalam konteks negeri Perak, proses migrasi masih berjalan dan pemberian hutang yang belum diberikan, ketika perjanjian ditandatangani dulu, masih berjalan.

“Jadi itu yang kita tengok dalam rekod, hutang itu ada, tetapi ia bukan hutang kerajaan negeri tetapi kerajaan negeri bertindak bagi pihak Lembaga Air Perak,” katanya.

Sehingga kini hutang dalam akaun Lembaga Air Perak (LAP) hanya tinggal RM248 juta, berbanding hutang asal, RM1.2 bilion sebelum proses migrasi. Proses pembayaran hutang berkenaan dijangka selesai menjelang tahun 2018.

Dalam perkembangan sama, kerajaan negeri masih memperhalusi cadangan kerajaan Pulau Pinang dalam konteks  membeli air mentah daripada negeri ini.

 Dr Zambry  berkata, perkara ini perlu diberi penelitian lanjut  kerana ia melibatkan permohonan untuk mengalirkan air ke negeri lain.
Kerajaan negeri katanua lagi perlu menambil  kira dari segi model perniagaan, termasuk juga melibatkan aspek keuntungan yang bukan hanya memihak kepada sebelah pihak.

“Bukan ada isu apa-apa, ianya lebih kepada kita ingin memperhalusi dululah, ia bukan tentang soal hubungan dengan pulau pinang.

“Ia bukan hanya melibatkan dua negeri, ia melibatkan juga tentang pandangan kerajaan Persekutuan dan perhatian yang perlu diberikan dalam aspek-aspek cadangan yang dikemukakan.

“Cadangan dikemukakan itu sama ada membolehkan satu pihak ke atau kedua-dua belah pihak mendapat keuntungan, jadi aspek–aspek itu perlu dilihat, tidak boleh hanya kata orang nak air maka kita kena bagi, tak bolehlah,” katanya.

Selain Pulau Pinang,  Perak juga mengadakan perbincangan dengan Selangor mengenai bekalan air ke negeri itu.

Walaupun kedua-dua negeri itu diterajui pembangkang Menteri Besar tidak menganggap ia satu halangan  mengadakan perbincangan seperti yang dicadangkan pihak pusat.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana