DAP pecat ahli Pas dalam JKKK

PULAU PINANG 18 Nov. - Kerajaan DAP Pulau Pinang mengesahkan sudah memecat semua ahli Pas yang memegang jawatan dalam Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) di negeri ini.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, ahli Pas di Kepala Batas bukan meletak jawatan seperti didakwa sebaliknya mereka sudah dipecat sebelum ini.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri, Datuk Mohd. Rashid Hasnor berkata, pemecatan berkenaan meliputi ahli Pas di Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat.
Kerajaan negeri membuat semakan sama ada ahli-ahli Pas ini menyokong pakatan pembangkang baharu atau sebaliknya.

Mereka yang masih sokong Pas kemudian telah diberi surat pemecatan, katanya dalam sidang akhbar di Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana