DAP khianati Tun Mahathir, tidak jemput ke persidangan 4 Disember depan?Apa Nak Hairan Dengan Madey Ni Lagi Buat Muka Tebal Semata Nak Jatuhkan Najib

SHAH ALAM: Kolumnis akhbar Utusan Malaysia menganggap DAP mengkhianati Tun Dr Mahathir Mohamad apabila tidak menjemput rakan politik terbarunya itu, untuk menghadiri persidangan partinya, 4 Disember depan.

Ujar Awang Selamat, DAP sepatutnya lebih menghargai Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang sanggup membuang  ego dan hadir ke himpunan BERSIH 5, Sabtu lalu.

"Apa salahnya menjemput beliau (Dr Mahathir) setidak-tidaknya atas kapasiti sahabat perjuangan DAP? Apakah beliau tiada nilai pada DAP? Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak sepatutnya memalukan Mahathir dan parti Pribumi.

"Sedangkan Dr Mahathir sanggup beraksi dalam perhimpunan haram BERSIH yang dikuasai DAP, bersama-sama dalam deklarasi rakyat serta turut menjayakan konvensyen Pakatan Harapan," kata Awang.

Awang berkata alasan DAP bahawa Dr Mahathir dan PPBM bukan sebahagian Pakatan Harapan adalah rapuh dan tidak boleh diterima.

"Apakah ini bagi memastikan persidangan itu tidak hambar sebagaimana konvensyen DAP Pulau Pinang baru-baru ini," soalnya.

Kata Awang, salah satu sebab konvensyen itu dan himpunan BERSIH kurang mendapat sambutan adalah kerana ramai penyokong tegar DAP masih belum dapat memaafkan Dr Mahathir dan dosa politiknya kepada parti itu terlalu besar.

"Lalu Awang tertanya-tanya percaturan siapa yang salah, siapa yang lebih menggunakan siapa dan siapa yang dikhianati?" soalnya.

Minggu lalu, setiausaha pengelola DAP Anthony Loke mengesahkan partinya hanya menjemput pemerhati daripada Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR dan AMANAH.

Walaupun PPBM dianggap mesra Pakatan Harapan, ia belum secara rasmi menjadi sebahagian daripada gabungan pembangkang itu.

Menurut Pengerusi PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, parti itu memerlukan masa sebelum memuktamadkan penyertaannya dalam Pakatan Harapan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana