DAP AKAN ANJURKAN ‘HIMPUNAN LILIN’ BEBASKAN ZUNAR PULA?

JIKA kita menyebut pasal pelukis kartun Zulkiflee Anwar Ulhaque mungkin ramai yang tak kenal. Sebaliknya jika disebut Zunar, pastinya tidak asing lagi dalam posisi politik tanah air.

Sudah begitu lama Zunar bebas berkarya dengan seni tangannya melalui lukisan yang menghina, memfitnah dan menjengkelkan terhadap pemimpin negara, khususnya Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Kartunis anti establishment itu ditahan polis sejak semalam mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu tuduhan sengaja mengaibkan dan mencetuskan gangguan keamanan.

Dia ditahan selepas didapati menghina Perdana Menteri mengikut Akt Hasutan.

Terdahulu Zunar membangkitkan kemarahan umum apabila dengan sengaja menganjurkan pameran seni kartunnya yang menghina Perdana Menteri di KOMTAR Pulau Pinang.

Lebih menimbulkan kemarahan orang awam apabila Ketua Menteri Pulau Pinang yang kini dikaitkan dengan skandal rasuah banglo mewahnya, Lim Guan Eng telah merasmikan pameran berkenaan.

Majoriti penduduk sekitar Pulau Pinang yang ditemui merasakan tindakan itu tidak bermoral, malah bersifat amat keji.

Rentetan daripada penahanan ini, adakah Pakatan Harapan yang dikuasai DAP akan menganjurkan vigil atau demonstrasi seterusnya atas nama ‘Bebas Zunar’?

Almaklumlah, rakyat negara kita sudah ketahui bahawa Pakatan Harapan yang dikuasai DAP amat minat melakukan acara-acara haram dan tidak rasmi sebegitu.

Kalau ada, adakah sekali lagi ‘himpunan lilin’ untuk Zunar akan berlaku di Jambatan Pulau Pinang, atau di KOMTAR sendiri?

Dan, adakah parti Tun Dr Mahathir Mohamed iaitu PPBM akan sama-sama turun membantu kartunis yang hobinya menghina orang lain itu? –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana