Dah Merajuk !!!! Pakatan Harapan tak perlu tunggu PAS - Husam

SHAH ALAM: Penasihat Amanah Kelantan, Datuk Husam Musa meminta Pakatan Harapan (PH) agar tidak perlu bimbang jika PAS enggan menyertai gabungan itu bagi merealisasikan matlamat menjatuhkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Ujar ADUN Salor itu, PH tidak perlu menunggu sebuah parti yang bersikap was-was dalam membuat keputusan, sebaliknya perlu terus mengatur gerakan untuk membawa perubahan kepada negara.

"Tidak usah bimbang parti yang was-was.. Imam sudah rukuk (tapi) makmum belum takbir. Imam tiada sebab menunggu makmum yang was-was.

"Sekarang kita ada Warisan (Parti Warisan Sabah), Bersatu (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), Amanah, PKR dan DAP.

"Dia (PAS) nak datang, (silakan) datang. Kalau dia tak nak datang tiada masalah. Hendak buat macam mana, dia hendak duduk seorang, duduklah," katanya dipetik Sinar Harian.

Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam Amanah Terengganu, malam kelmarin, sebagai mengulas kenyataan beberapa pimpinan PAS bersabit kerjasama bersama Pakatan Harapan.

Dalam pada itu, ujar Husam, Amanah Kelantan sedia dengan kemungkinan persaingan tiga penjuru sekiranya kerjasama dengan pihak berkenaan tidak menjadi kenyataan.

"Saya minta izin daripada Presiden Amanah dan Amanah Pusat awal-awal, supaya Kelantan mesti diberikan sedikit autonomi dalam apa jua keadaan kalau pihak satu lagi (PAS) hendakkan tiga penjuru, kita akan bertanding tiga penjuru.

"Bukan untuk menewaskan dia dan memberi kemenangan kepada Umno dan BN, tapi untuk mengambil alih Kelantan sebagai negeri Amanah," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana