Bongkar peranan Soros di Malaysia...

Penahanan Maria Chin di bawah SOSMA adalah wajar dan pendedahan mesti dibuat segera mengenai penglibatan taikun Yahudi George Soros dan Open Society Foundation (OSF) di Malaysia.

Itu kata Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi berikutan pendedahan akhbar USA Today bagaimana Soros yang menggunakan pertubuhan OSF bagi menaja kumpulan tertentu atas nama hak asasi dan demokrasi supaya mengadakan protes jalanan.

Menurut Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO itu pendedahan akhbar tersebut mengejutkan banyak pihak apatah lagi modus operandi yang digunakan oleh Soros di Amerika adalah hampir sama dengan apa yang berlaku di Malaysia.

“Akhbar itu mendedahkan sehari selepas Trump diistiharkan menang Soros menaja banyak kumpulan di Amerika supaya mengadakan demontrasi berterusan untuk menentang Trumph.

“Akhbar itu turut mendedahkan Soros mengapikan kebencian melalui protes jalanan. "Soros promotes hate through protest. I don't see how that helps anybody" (Rochelle Winther Los Angeles),” ujarnya menerusi satu kenyataan.

Jelas Puad, modus operandi yang sama turut digunakan di Malaysia, di mana OSF telah menaja beberapa kumpulan termasuk BERSIH,  Malaysiakini, Merdeka Centre dan Majis Peguam.

Umum mengetahui, BERSIH digunakan untuk mengadakan demontrasi berterusan kononnya untuk memperjuangakn pilihanraya bersih dan adil di Malaysia, malah Trump seperti yang dilaporkan oleh USA Today turut menggelar golongan ini sebagai "The Professional Protester", jelas Puad lagi.

Mengulas lanjut,Puad berkata, ia menyebabkan BERSIH masih lagi bertahan dan telah memasuki siri ke-5, malahan disokong pula oleh golongan profesional seperi Majlis Peguam, serta portal beita Malaysiakini pula sering membuat laporan berat sebelah mengenai kejayaan perhimpunan BERSIH.

“Sedangkan sejak BERSIH 1, beberapa pilihanraya kecil diadakan dan ada yang dimenangi oleh pembangkang tetapi BERSIH tetap diteruskan.

“Sebenarnya matlamat mereka adalah sama seperti di Amerika iaitu untuk mengujudkan kebencian dan kerajaan sedia ada lebih mudah ditumbangkan melalui bantuan Soros,” katanya.

Tambah Puad, sekiranya di Amerika, pendedahan penglibatan Soros ini boleh menjadi isu hangat dan menyebabkan penyokong Trump iaitu kumpulan Reddit Subgroup bangkit marah dan mengadakan protes balas dihadapan pejabat Soros di Manhattan maka Malaysia juga mesti menentang campur tangan asing ini di Malaysia.

Beliau dalam pada itu turut berharap agar lebih banyak pendedahan dibuat mengenai penglibatan Soros terhadap beberapa organisasi di Malaysia seperti kumpulan BERSIH yang dipimpin oleh Maria Chin.

“Sebab itu penahan Maria Chin di bawah SOSMA adalah wajar dan pendedahan mesti dibuat segera mengenai penglibatan Soros dan Open Society Foundation di Malaysia.

“Pendedahan Wikileaks pertengahan tahun ini mengenai "The Malaysia Programme" selari dengan pendedahan Akhbar USA Today, ujarnya.

Jelas Puad, Soros mempunyai kepentingan peribadi tersendiri dan mahu pembangkang menang dalam Pilihanraya Umum (PRU).

“Orang seperti Glen Beck dan Alex Jones menggelar Soros sebagai The Boogeyman, Puppet Master dan Fundamentally Evil, justeru memang wajar Maria Chin dan BERSIH disiasat di bawah SOSMA,” ujarnya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana