BERSIH : BUKAN SAJA NAJIB MASIH PM, TAPI PENYOKONG PUN SEMAKIN LARI

BERTAPA hinanya demonstrasi Bersih di kaca mata majoriti rakyat di negara ini sehingga seorang menteri tampil membuat sinisan terhadap penganjur.

Menteri berkenaan, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata penganjur Bersih telah gagal dalam misi mereka untuk menyingkir Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Saya sudah periksa. Saya hubungi Pejabat Perdana Menteri tadi, dan mereka kata Najib masih tidak letak jawatan,” katanya kepada pihak media.
“Mereka menganjurkan tunjuk perasaan ini bagi mendesak Najib letak jawatan, tapi perdana menteri tidak serah surat peletakan jawatan.”

Walaupun Bersih memiliki dua bekas pemimpin besar Kerajaan iaitu Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, namun hasrat mereka itu masih tetap tidak berjaya.

Tambah Nazri lagi, jika penganjur Bersih mahu Najib Razak letak jawatan, mereka tidak perlu membuang masa dengan perkara ‘bodoh’ seperti demonstrasi jalannan ini.

Sebaliknya gunakan pilihan raya sebagai medium yang telah tersedia bagi sebuah negara yang memegang prinsip demokrasi seperti Malaysia ini.

Lebih sinis dan kelakar lagi, beliau yang merupakan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan menggesa penganjur Bersih supaya menganjurkan demonstrasi itu tahun hadapan, dengan syarat pihak kementeriannya perlu diberitahu terlebih dahulu agar beliau dapat memasukkan acara itu di dalam promosi pelancongan.

“Saya mahu hubungi penganjur dan pastikan mereka maklumkan saya bila mereka mahu adakan Bersih 6.

“Saya mahu tandakan dalam kalendar dan guna tunjuk perasaan itu untuk mempromosikan Visit Malaysia 2017.”

Semalam, sebuah syarikat perniagaan yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) telah menganjurkan Bersih 5.0 yang menarik minat seramai 15,500 orang.

Jumlah ini mencatatkan penurunan kehadiran terlalu ketara dari tahun ke tahun. Menurut portal propembangkang Malaysiakini, kehadiran pada Bersih 3.0 pada tahun 2012, seramai 300,000 hadir membanjiri Dataran Merdeka atas bantuan orang Melayu melalui PAS.

Manakala pada Bersih 4.0 di tahun lalu menurut Malaysiakini, seramai 200,000 orang hadir yang mana lebih 80 peratus daripadanya adalah bangsa Cina.

Jumlah ini semakin menurun dengan mendadak apabila pada Bersih 5.0 yang diadakan semalam telah mencatatkan kehadiran seramai 40,000 orang sahaja.

Walaupun tidak melihat kepada ketepatan jumlah yang diberi itu, yang pentingnya portal Malaysiakini sendiri telah mengesahkan bahawa sokongan terhadap Bersih semakin suram. –Tv14

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana