BERSIH 5 diteruskan tapi jamin patuhi peraturan....Cakap Tak serupa Bikin...Ptuihhh

KUALA LUMPUR: Perhimpunan BERSIH 5 tetap akan diteruskan pada 19 November ini, walaupun polis meminta agar perhimpunan itu dibatalkan.

Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari berkata, pihaknya memberi jaminan akan mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan pihak polis dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Pihak IPD nasihat agar BERSIH 5 tak diadakan.. namun jika berlaku, kena ikuti nasihat polis sebetulnya. Maka kami akan meneruskan dan pastikan himpunan ini berjalan dengan penuh kerjasama dan keamanan agar tak ada perlanggaran terhadap apa yang telah ditetapkan IPD dan DBKL.

"Larangan hanya kepada Dataran dan Jalan Raja.. kita takkan masuk dua kawasan ini. Kita hormati permintaan DBKL," katanya kepada media selepas perbincangan berkenaan.

Perbincangan itu adalah susulan daripada notis yang dihantar pihak BERSIH 2.0 kepada balai polis di Bukit Aman, Kuala Lumpur, Brickfields dan Dang Wangi.

Semalam, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Mohd Amin Nordin Abdul Aziz berkata permohonan BERSIH 2.0 dan Ketua Kumpulan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Md Yunos untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka tidak akan diluluskan.

Mohd Amin dipetik sebagai berkata, alasan penolakan kelulusan itu atas 'sebab yang sama' sebagaimana beberapa perhimpunan BERSIH sebelum ini.

Dalam pada itu, Pengerusi BERSIH 2.0, Maria Chin Abdullah berkata pihaknya berharap agar kumpulan penyokong Baju Merah tidak 'mensabotaj' himpunan mereka.

"Kami serahkan kepada polis mengenai itu. Di pihak kita, kita sediakan pasukan keselamatan seramai 1,000 orang untuk siap sedia. Saya harap Umno Baju Merah tidak akan datang.. kalau mereka nak datang, datang secara aman bukan kekerasan.

"Pendekatan kita bukan kekerasan dan kita tak mahu terlibat dengan mereka. Mereka kena hormati undang-undang Malaysia dan pastikan keamanan," kata beliau.

Mengulas berhubung dakwaan mengatakan BERSIH 2.0 mendapat dana daripada jutawan Amerika Syarikat, George Soros, tegas Maria, segala perbelanjaan termasuk sumber dana badan berkenaan dipaparkan di laman sesawang mereka.

BERSIH 2.0 dalam kenyataan mereka beberapa hari lalu berkata sedang berbincang dengan pasukan peguam berhubung tuduhan berkenaan.

Terdahulu media melaporkan badan berkenaan menerima geran daripada Open Society Foundation (OSF) yang diasaskan Soros.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana