Belanjawan Azmin setaraf dengan belanjawan persatuan penduduk

Ketika membentang belanjawan Selangor 2017, Menteri Besar Datuk Seri Azmin Ali mendakwa sehingga 14 Oktober 2016, ada lebihan sebanyak RM351.38 juta dalam perbelanjaan bagi tahun 2016.

Kenyataan Azmin itu, bagai mendakwa yang beliau adalah MB terbaik mengurus negeri, meskipun belanjawan untuk tempoh 2016 dijangkakan defisit RM630 juta (pendapatan RM2.25 bilion berbanding perbelanjaan RM2.88 bilion), tetapi beliau masih ada lebihan seperti disebut di atas.

Suka diingatkan, belanjawan Selangor bukan macam belanjawan persatuan penduduk (pinjam kata-kata Aziz Bahri yang umpamakan perlembagaan DAP sama seperti perlembagaan persatuan penduduk).

Sebenarnya ada beberapa projek yang disebut dalam belanjawan 2016 tetapi tidak dilaksanakan oleh Azmin yang antaranya:-

1. Muzium Setem (RM15 juta)
2. Muzium Tekstil (RM40 juta)
3. Bina 3 hospital - melalui anak syarikat PKNS, Selgate Corporation (RM300 juta)

Itu belum kita tanya, samada jalan sambungan Kota Warisan, Sepang dengan peruntukan RM109 juta telah dibuat atau belum?

Kita perlu tanya Azmin kerana perkara ini dibentangkan sekali lagi dalam belanjawan Selangor 2017.

Dalam belanjawan 2017, Azmin memperuntukkan RM51.3 juta untuk pembinaan jalan sambungan Kota Warisan tetapi dipakejkan dengan Laluan Alternatif Banting - Shah Alam.

Kalau inilah cara Azmin buat belanjawan, Pengerusi Persatuan Penduduk pun boleh buat sepertinya.

Untuk kelirukan penduduk, tak perlu  buat program yg dah termaktub dalam kalender program persatuan. Nanti hujung tahun bagi tahu pada penduduk, bahawa ada lebihan dalam akaun persatuan!

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana