Beku akaun penerima dana George Soros...

Kerajaan digesa bertindak tegas terhadap penerima dana daripada hartawan Amerika Syarikat, George Soros bagi pembiayaan aktiviti politik termasuk membekukan dan mendedahkan transaksi akaun penerima.

Setiausaha Agung Majlis Perundingan Melayu (MPM), Datuk Dr. Hasan Mad berkata, perkara tersebut bukanlah sesuatu yang baharu tetapi kerajaan terlalu ‘berlembut’ dengan kumpulan yang menerima dana itu.

“Isu ini sudah diketahui sejak hampir 10 tahun lepas. Kita tidak boleh ambil tindakan terhadap Soros kerana memang beliau membiayai organisasi pembangkang di beberapa negara.

“Walau bagaimanapun, kerajaan harus tegas mengenakan tindakan terhadap penerima dana ini yang jelas membenarkan campur tangan asing dalam negara,” katanya.

Menurut laporan media hari ini, satu kumpulan asing dipengerusikan Soros membiayai beberapa organisasi tempatan dalam programnya mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Perkara tersebut terbongkar apabila sekumpulan aktivis penggodam yang dikenali sebagai DC Leaks, berjaya menggodam dokumen-dokumen dari Open Society Foundation (OSF) milik hartawan itu dan yang dikaitkan menerima pembiayaan tersebut adalah Bersih, Merdeka Center dan Malaysiakini.

Tambah Hasan, tindakan pembangkang yang berani melibatkan campur tangan asing dalam hal ehwal negara demi kepentingan politik mereka menunjukkan kumpulan itu begitu terdesak untuk menjatuhkan kerajaan sekarang.

“Jika kerajaan dikatakan menerima dana, sampai ke lubang cacing mereka siasat punca, jumlah transaksi dan sebagainya. Tetapi kerajaan pula sebaliknya, hanya membiarkan mereka bermaharajalela tanpa sebarang tindakan.

“Bekukan akaun, lihat transaksi keluar masuk akaun mereka. Kerajaan mempunyai hak dan kuasa berbuat demikian melalui Bank Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, sebagai negara kecil yang progresif, banyak pihak luar yang akan cuba menjatuhkan kerajaan tidak kira dari dalam atau luar negara.

“Apabila mereka menerima dana dari luar, secara automatik mereka membenarkan orang luar melihat tadbir urus dan keadaan politik negara kita secara percuma,” katanya.

Penganalisis politik berpendapat kebimbangan utama dalam isu tersebut adalah usaha terancang untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya umum akan datang.

Ini kerana menurut Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa Majlis Profesor Negara (MPN), Prof. Datuk Dr. Mohamed Mustafa Ishak, dokumen-dokumen Open Society Foundation (OSF) yang digodam menunjukkan Soros mempunyai kepentingan peribadi dalam ‘Malaysia Program’ apabila meningkatkan fokus dalam program itu.

Katanya, beliau bukan setakat membiayai organisasi tempatan, malah menurut dokumen itu Soros turut melibatkan pelbagai rangkaian termasuk syarikat perhubungan awam dan melobi kerajaan AS untuk menjauhi Najib Razak.

“Saya percaya tindakan ini ada udang di sebalik batu. Soros menggunakan Bersih untuk mengaburi mata rakyat dalam usahanya mempengaruhi keputusan pilihan raya.

“Bersih pula bertindak sebagai ejen yang merosakkan sistem demokrasi di negara ini. Tindakan mereka mengizinkan campur tangan asing seakan-akan mahu membunuh demokrasi yang subur di Malaysia,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana