BARU ZUNAR TAHU LANGIT ITU TINGGI ATAU RENDAH…

SEPATUTNYA sudah lama dah Zunar, si kartunis yang menjadi talibarut pihak yang sering memfitnah dan menabur kebenciaan terhadap Perdana Menteri ini diajar untuk mengenal budi pekerti orang Melayu. Kartunis kontroversi tidak ada adab ini sudah lama dibiarkan berbuat sesuka hati untuk menimbulkan kebencian terhadap pemimpin.

Kita jangan lupa  Zunar ini dua tahun lalu pernah menimbulkan kemarahan ramai berhubung komiknya dalam Washington Post yang mempersendakan Perdana Menteri dan usaha multinasional dalam usaha mencari pesawat hilang Malaysia Airlines MH370.

Komik tersebut yang menggelarkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘terlalu lemah’ kerana usaha mencari pesawat yang hilang memasuki ‘minggu kedua’ telah mencetuskan kemarahan pelbagai pihak.

Walaupun ramai yang menyifatkan komik Zunar itu sebagai tidak sensitif dan mengelirukan dan menolak dakwaan Zunar bahawa Malaysia menyembunyikan fakta-fakta sebagai tidak munasabah, namun tiada sebarang tindakan ke atas Zunar.

Zunar juga pernah mendakwa kononnya bendera Malaysia ditiru daripada Amerika Syarikat, lagu Negaraku ditiru dari Indonesia dan lagu tema kemerdekaan ke 55 tahun, Janji Ditepati meniru lagu gereja.

Apabila tidak ada tindakan atau sekurang-kurangnya dia direman, maka naik tocanglah dia.
Zunar berkarya seolah-olah dia berada dalam dunia ciptaannya sendiri. Seolah-olah dia boleh `menikam’ sesiapa sahaja. Kalau disuruh pembangkang buat itu ini, dia akan turuti. Tiada langsung sebarang pertimbangan daripada dirinya.

Barangkali sedar orang muda gemarkan sesuatu yang `catcy’ dan tindak tanduk`memberontak’, maka digarapnya dalam karya-karya yang dihasilkan. Malangnya Zunar berkarya ke jalan yang penuh berbaur fitnah, dakyah dan putar belit. Tidak kena dengan budaya Malaysia.

Tidak terlewat sebenarnya mengucapkan syabas kepada pemuda UMNO yang diketuai Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul Rahim yang menyerbu pameran kartun menghina Perdana Menteri kelolaan Zunar di Aras 3 Komtar sehari dua ini.

Bila diberi ruang, kau Zunar naik ke muka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana