Azmin bekerja untuk rakyat atau konsesi air?

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim mempersoalkan tindakan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana dilihat lebih mengutamakan syarikat konsesi air Selangor berbanding rakyat di negeri itu sendiri.

Menteri Besar Selangor itu kata Khalid sehingga hari ini masih gagal memuktamadkan rundingan dengan Syarikat Pengeluar Air Selangor (SPLASH) dengan tawaran yang munasabah sedangkan rakyat masih terkapai-kapai dengan isu masalah bekalan air.

“Kita hendak perjuangkan rakyat Selangor. Jika kita beria-ia mempertahankan (syarikat) konsesi kena dapat duit lebih, bermakna kita bekerja dengan konsesi, bukan rakyat Selangor.

“Adakah itu yang hendak digambarkan? Janji kita adalah untuk jaga rakyat,” kata Khalid dipetik dalam portal Antarapos pada Isnin.

Khalid yang juga ADUN Pelabuhan Klang berkata beliau sangat terkilan dengan tawaran yang tinggi dibayar oleh kerajaan negeri kepada SPLASH iaitu sebanyak RM2.7 bilion.

Sedangkan SPLASH hanya layak ditawarkan sebanyak RM250.6 juta.

“Tawaran yang melebihi jumlah itu ‘akan menindas hak rakyat’.

“Jika kerajaan negeri dapat tawaran kurang RM9.65 bilion (jumlah keseluruhan pengambilalihan) atau harga yang kita tawarkan kepada SPLASH mengikut tatacara yang kita lakukan, saya sangat menyokong.

“Namun jika saya tahu ura-ura mereka hendak naikkan, saya tak akan sokong. Sebab saya bekerja untuk rakyat Selangor, bukan untuk pihak konsesi kerana mereka sudah mendapat gaji yang tinggi,” tegas Khalid lagi.

Khalid sewaktu memimpin Selangor menawarkan pengambilalihan ekuiti dan liabiliti keempat-empat syarikat konsesi berkenaan berjumlah RM9.65 bilion.

Sebelum Khalid meletak jawatan beliau berjaya mengambil alih tiga syarikat berkenaan kecuali SPLASH yang dikatakan tidak bersetuju dengan tawarannya.

Pada 12 September 2014, Khalid membuat tawaran terakhir dengan meletakkan RM 250.6 juta untuk mengambil alih ekuiti SPLASH.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana