ARTIS AJAK RAKYAT TURUN PROTES DI JALANAN - SENTAP BILA DI TEGUR NETIZEN SUPAYA JANGAN JADI PENGHASUT

BILA ARTIS MAHU BERPOLITIK, PERANGAI JADI SEPERTI BERUK DAPAT BUNGA

Malaysia menjadi 'syurga' buat pendatang asing dari negara jiran terutama Indonesia bagi mereka mencari rezeki menampung keperluan keluarga di kampung. Tanpa mempedulikan faktor keselamatan, risiko tetap di redah bagi mereka yang mahu membina kehidupan selesa di bumi asing. Bukan sedikit dari kalangan mereka yang enggan pulang ke negara asal apabila sudah mulai selesa dengan kehidupan yang jauh lebih baik dari tanah kelahiran. Agak terkesan dengan pelbagai tragedi melibatkan alam sekitar, kebanyakan pendatang asing memilih Malaysia atas sebab keselamatan dari kemusnahan alam semulajadi dan insiden melibatkan banyak nyawa terkorban.

Bukan sahaja rakyat biasa mencari perlindungan dan rezeki di Malaysia, ada juga artis kelahiran Indonesia mencuba nasib di sini dalam bidang penyiaran dan menjadikan lakonan sebagai 'lubuk wang' buat mereka. Berbekalkan wajah 'kacukan' artis yang tidak dikenali di negara kelahiran sendiri berjaya mnumpang rezeki  di Malaysia apabila diberikan peluang berbuat demikian. Bukan sahaja berteduh rezeki malah mereka juga bertemu jodoh apabila di lamar untuk menjadi suri kepada individu tertentu.

Fenomena ini hanya mampu bertahan seketika kerana beberapa faktor dan kini artis Indonesia tidak lagi mempunyai ruang luas dalam bidang seni di Malaysia. Berikutan itu ada kalangan mereka mengambil jalan untuk 'pencen' dari kegiatan seni dan menumpukan kehidupan harian sebagai suri rumahtangga dan menjaga anak yang kian membesar.

Kemajuan teknologi dunia tanpa sempadan turut mempengaruhi sesetengah 'mantan artis' Indonesia untuk bergiat aktif dalam dunia baru mereka di Malaysia - Facebook. Bagi mereka menghabiskan masa di hadapan telefon pintar atau gajet lain yang dirasakan mampu menjadi platform artis inio berhubung dengan peminat mereka maka wujudlah kumpulan kumpulan maya yang aktif dalam memberi sokongan kepada golongan 'pencen tidak tetap' ini.

Berikutan dengan satu himpunan haram yang bakal berlangsung pada 19 November 2016, terdapat 'bekas artis' yang bersusur galur dari Indonesia ini tidak mahu kelihatan ketinggalan dalam mengikuti perkembangan semasa dan memberi komen di laman media sosial kepunyaan mereka. Namun apa yang dikesali golongan artis ini seperti kehilangan 'kewarasan' apabila cuba menjadi sebahagian daripada golongan penghasut kepada rakyat agar membenci kerajaan dengan memberikan pelbagai 'patwa' bagi mengukuhkan dakwaan mereka. Apabila tindakan ini di tegur oleh netizen maya, artis tersebut menjadi berang kerana berpendapat hanya beliau sahaja layak untuk menentukan 'patwa' bagi peminatnya ikuti sebagai satu bentuk arahan 'wajib' seolah 'berdosa' jika engkari apa juga yang mereka muatnaik dalam laman facebook milik individu.

Artis adalah antara golongan paling berpengaruh ke atas 'makmum' dunia facebook yang sangat mudah diikuti anak muda, namun demikian ada artis tidak tahu menghalakan pengaruh mereka untuk membawa kebaikan kepada rakyat tetapi digunakan untuk menghasut suapaya ada yang terpesong pemikirannya. Terbukti walau ada artis yang nampak bijak tetapi sebenarnya berada dalam kategori 'bodoh' apabila hanya akan berkomentar dengan sesiapa yang bersetuju dengan apa yang difikirkannya sebagai perkara betul dan menolak pandangan netizen yang tidak sependapat dengannya. Lebih memburukkan keadaan ada pula yang beranggapan pengetahuannya dalam satu bidang sudah tinggi hingga tidak boleh di tegur.

Jika artis benar benar mahu berpolitik usah risau, cari sahaja pengaruh kemudian bertanding di PRU atas tiket parti yang beliau rasakan sesuai untuk mengetahui sejauh mana 'glamour' yang boleh di raih dari 'patwa patwa' yang sering digunakannya.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment