Apa cerita PM telefon Donald Trump...Rupanya Najib Dan Trump Sudah Kenal Bebbb?

Selepas mendapat sambutan hangat dalam lawatan di China baru-baru ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak score satu lagi gol dalam hubungan diplomatik antarabangsa selepas bercakap telefon dengan bakal Presiden Amerika Syarikat (AS) yang dipilih Donald J. Trump.

Sampai ada yang kata... hebat Najib, dia kepung habis, dari China sampai Amerika.

Dalam satu kenyataan di facebooknya sebentar tadi, Najib berkata pagi tadi beliau 'reconnect' dengan Donald Trump.

Mereka berdua kawan lama selepas kenal di padang golf. Trump yang menang besar pilihanraya AS baru-baru ini dijadualkan angkat sumpah untuk mengetuai White House pada 27 Januari tahun depan.

Menurut Najib beliau berbual dengan Trump dan sempat berbincang mengenai ekonomi Malaysia dan AS.

"Saya mengucapkan tahniah di atas kemenangan pilihanrayanya, dan kami bersetuju untuk mengukuhkan lagi hubungan antara dua negara,"ujar beliau.

Najib mengenalinya ketika bermainan golf di salah satu padang golf milik taikun hartanah itu.

Ketika itu Najib dalam lawatan rasmi ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), juga pada pagi Ahad, beliau hendak bermain golf sebelum Trump yang mengetahui mengenainya datang untuk bermain sekali.

Mereka berdua dalam satu pasukan dan pasukan mereka menang.

Najib dan Trump bergambar dan gambar itu diletakkan di atas meja kerja Najib di Pejabat Perdana Menteri di Sri Perdana dengan tandatangan Trump "untuk PM kegemaran saya,".

Mereka beberapa kali berbual melalui telefon selepas itu dan terputus kerana Trump sibuk dengan kempennya untuk menjadi calon Presiden mewakili parti Republikan.

Kemenangan Trump yang menumbangkan elit politik dari parti Demokrat Hillary Clinton menarik perhatian dunia.

Ini selepas seperti Najib, Trump juga menjadi mangsa 'perbicaraan oleh media' dimana kelompok tertentu yang menguasai media tidak mengemarinya tetapi rakyat memilih mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana