Amaran terakhir Zahid…batalkan himpunan Sabtu ini

Dua hari lagi menjelang perhimpunan BERSIH 5  Sabtu ini…Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran terakhir kepada kumpulan Baju Kuning dan Baju Merah supaya menghentikan rancangan mereka untuk berhimpun di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Beliau yang juga Menteri Dalam Negeri mahu perhimpunan itu dibatalkan dan pihaknya tidak akan berkompromi dalam mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak terbabit  sekiranya mereka masih berniat meneruskan perhimpunan tersebut.

“Tindakan akan diambil terhadap kedua-dua kumpulan, sama ada merah atau kuning. Jadi untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, kedua-dua pihak perlu membatalkan perhimpunan itu.

“Pihak polis tidak akan berkompromi dari segi tindakan yang akan diambil terhadap mereka di bawah undang-undang,” kata  Zahid ketika ditemui media di lobi Parlimen pada Khamis.

Setakat ini kedua-dua kumpulan Bersih dan Baju Merah masih degil mahu teruskan himpunan mereka.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak yang berada di Tokyo turut melahirkan perasaan bimbang sekiranya berlaku pertembungan fizikal antara penunjuk perasaan 'Baju Merah' dan 'Baju Kuning' semasa penganjuran himpunan Sabtu ini.

"Jika sebelah pihak mahu membuat bantahan dan sebelah pihak lagi mahu melindungi kerajaan dan terpanggil untuk hadir...tetapi saya tidak mahu sebarang pertembungan fizikal.

"Malah rusuhan ala Arab Spring yang kononnya tanda bermulanya era perubahan, tetapi sebaliknya, ia membawa kepada kesengsaraan kepada rakyat yang terlibat," katanya.

Sebelum ini polis dikatakan telah bersedia dengan perancangan dan strategi tertentu bagi menjamin keamanan dan ketenteraman awam jika penganjur Bersih 5 tetap meneruskan perhimpunan di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur, Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Datuk Seri Muhammad Sabtu Osman berkata notis yang diberi penganjur setakat ini masih belum memenuhi syarat-syarat mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012.

Justeru orng ramai disarankan supaya tidak menyertai BERSIH 5 selain tidak berada di kawasan sekitar Dataran Merdeka demi keselamatan masing-masing.

Dalam ucapan penggulungan Bajet 2017 peringkat dasar baru-baru ini Zahid berkata, Bersih dan kumpulan Baju Merah perlu mencari saluran yang lebih baik untuk menyuarakan masalah mereka.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana