Ahli Umno Mesti Ada Mentaliti Menang PRU - Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Perhimpunan Agung Umno 2016, yang bermula Selasa ini, perlu menjadi medan mencatur strategi dan membentuk mentaliti menang di kalangan anggota Umno bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, perhimpunan tahunan parti kali ini harus menjurus ke arah pilihan raya umum bagi Umno merangka strategi mentaliti menang untuk meraih sokongan rakyat dan mendapat mandat besar.

"Kita mesti membangunkan mentaliti menang dan ia sangat penting. Kenapa apabila orang pergi berperang, dia buat panji-panji, dia buat cogan kata? Sebab ia menjadi lambang untuk pergi berperang," katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Selain menyuntik semangat mentaliti menang dalam kalangan setiap anggota Umno itu, anggota Majlis Tertinggi Umno itu berkata, perhimpunan parti mestilah berupaya menzahirkan solidariti, kecintaan kepada perjuangan parti dan kesatuan pemikiran antara anggota dan pucuk pimpinan parti.

Dalam konteks solidariti, katanya, ia perlu lebih daripada hanya kesatuan dalaman Umno.

"Bukan hanya terbatas dalam Umno, tetapi dalam saf lebih besar dalam konteks Barisan Nasional, sebab itu Perhimpunan Agung Umno bertemakan warna biru kali ini, walaupun pakaian rasmi kita merah. Ini beri isyarat bahawa kita adalah sebahagian daripada keluarga yang lebih besar," katanya.

Annuar berkata, para perwakilan juga perlu menjadikan perhimpunan agung parti untuk menggarap strategi terbaik dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.

"Strategi bukan sahaja datang daripada atas, tetapi yang penting daripada peringkat pusat daerah mengundi, bahagian dan cawangan. Umno adalah parti akar umbi, jadi semuanya perlu sedar. Tak boleh lagi seperti biasa," katanya. - Bernama

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana