ADUN DAP desak Guen Eng ambil cuti hingga kes rasuah selesai

ADUN DAPTanjung Bungah yang terkenal 'kaki lawan' mendesak Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng perlu menarik diri daripada mempengerusikan Jawatankuasa Perancangan Negeri (SPC) atau Jawatankuasa Tanah sementara menunggu perbicaraan dakwaan rasuah terhadap dirinya.

ADUN Tanjung Bungah, Teh Yee Chau berkata, tindakan itu penting bagi memastikan tadbir urus yang baik sebagaimana dilaungkan kerajaan negeri untuk memastikan kredibiliti DUN terus kukuh.

"Kebiasaannya, kami menggesa ahli politik mengambil cuti sementara membolehkan siasatan terhadapnya dilengkapkan.

"Jika cadangan seperti ini susah untuk diterima, maka langkah lebih progresif boleh diambil di mana-mana demi keadilan, pemimpin itu dinasihatkan untuk tidak mempengerusikan dan menguruskan perkara dalam SPC atau Jawatankuasa Tanah buat masa ini sehingga keputusan akhir mahkamah," kata Teh merujuk kepada perbicaraan kes rasuah dihadapi Guan Eng.

Teh yang membahaskan Bajet 2017 pada persidangan DUN turut berkata jika mempunyai peluang, beliau akan membuat perubahan terhadap perlembagaan negeri bagi mengehadkan tempoh perkhidmatan ketua menteri kepada dua penggal.

"Kita dalam sistem Westminster yang menjalankan fungsi pemisahan kuasa yang terdiri daripada perundangan, eksekutif dan kehakiman.

"Dan sekarang kita berada dalam krisis di mana badan kehakiman sedang dalam proses menyiasat eksekutif berkaitan beberapa pertuduhan.

"Dalam sistem kita, salah satu struktur adalah tanggungjawab. Seorang pemimpin perlu mengamalkan tanggungjawab bersama ketika berdepan kontroversi supaya kepentingan awam selamat dan tadbir urus dipertahankan," katanya.

Guan Eng bagaimanapun tidak hadir pada persidangan DUN ketika Teh menyampaikan ucapannya.

Guan Eng kini berdepan dengan dua tuduhan rasuah, iaitu menggunakan kedudukannya sebagai penjawat awam untuk memperoleh suapan bagi diri dan isterinya, Betty Chew, dengan meluluskan permohonan Magnificent Emblem Sdn Bhd untuk menukar tanah pertanian bagi tujuan kediaman semasa mesyuarat exco negeri pada 18 Julai 2014.

Setiausaha Agung DAP itu juga didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan dengan membeli sebuah banglo daripada ahli perniagaan Phang Li Koon pada harga RM2.8 juta, di bawah nilai pasaran hartanah sebanyak RM4.7 juta pada 28 Julai 2015.

Mahkamah Tinggi Georgetown menetapkan 6 Disember ini bagi pengurusan kes.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana