250 ahli Umno Melaka keluar parti sertai Bersatu...Inilah Dikatakan Madey Bapa Perpecahan Orang Melayu

Tidak hairan lah ada keluar Masuk dalam Parti...Madey Join dalam PH pun pasti ada orang menyampah dengan pemerintahan ketika dahulu.Orang yang keluar parti biasanya ada kepentingan dalam politik dan kecewa.Ini Lumrah dalam Politik.Jika kita fikir semuanya adakah kita sanggup melihat Melayu bersama sama dengan DAP apabila keluar daripada UMNO?

MELAKA TENGAH - Seramai 250 ahli Umno Melaka termasuk pemimpin cawangan umum keluar parti itu dalam program Bicara Rakyat Melaka Bersatu di Kampung Krubong Tengah, Krubong, di sini, semalam.

Kesemua individu itu kemudian mengumumkan menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan menyerahkan borang keahlian kepada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Penyerahan itu disaksikan hampir 2,000 penyokong pada program yang turut dihadiri bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Hadir sama Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang turut menyampaikan ucapan.

Program tersebut diadakan dalam suasana tenang dan aman meskipun Bersatu mendakwa terdapat Program Krubong Berselawat anjuran Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dalam jarak kurang 300 meter.
Share on Google Plus

About Melayu Berwawasan

This is a short description in the author block about the author. You edit it by entering text in the "Biographical Info" field in the user admin panel.
Post a Comment