Zahid ‘ tutup cerita’ pasal spekulasi pilihanraya negeri Johor

Di negeri dikuasai mereka Pulau Pinang dan Selangor tak berani buat pilihanraya,kini pembangkang dok jolok sakan agar Johor adakan pilihanraya mengejut di negeri itu.

Ini bagi mereka untuk ‘ test power’ gara-gara ADUN BN kawasan Jorak Datuk Dr Shahruddin Md Salleh yang juga orang kuat Tan Sri Muhyiddin Yassin keluar UMNO masuk Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

DAP Johor pukul canang ia sedang bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri.

Mereka punya gempak kononnya ada lagi ADUN BN nak lompat dan sebagainya.

Menteri Besar Johor Datuk Seri Khaled Nordin awal-awal sudah tolak spekulasi itu dan menyifatkankanya sebagai ‘cakap-cakap’ pihak tertentu dalam laman sembang saja.

Katanya Isnin tiada pilihan raya tergempar akan diadakan di negeri itu.

Menurutnya kerajaan negeri bahawa ia akan menyelaraskan pilihan rayanya dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

Selasa… Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang ditanya wartawan selepas melancarkan Hab Kemahiran Johor di Kolej Yayasan Pelajaran Johor di Kota Tinggi secara tegas ‘ tutup cerita ‘ itu.

Katanya pilihan raya di negeri ( dikuasai BN) tidak akan diadakan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan pembangkang kononnya pilihan raya negeri bakal diadakan di Johor.

Katanya Menteri Besar Johor  juga telah menyatakan pendirian jelas kerajaan negeri bahawa ia akan menyelaraskan pilihan rayanya dengan negeri-negeri lain di Semenanjung.

"Di dalam hal ini, dari segi pentadbiran, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga tidak akan menggunakan peruntukan di luar jangkaan (untuk mengadakan pilihan raya negeri)," katanya.

  Zahid yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata penjelasan Datuk Seri Khaled Nordin menunjukkan objektif kerajaan negeri Johor adalah selaras dengan kerajaan Persekutuan.

Dalam pada itu, Zahid yang menjalankan tugas Timbalan Presiden UMNO berkata BN tidak meminggirkan mana-mana kawasan yang Anggota Parlimen dan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak diwakilinya.

"Namun, apa yang dilakukan oleh kerajaan negeri BN dan kerajaan Persekutuan haruslah dinilai dengan sebaik-baiknya oleh pengundi di kawasan itu khususnya pengundi kali pertama," katanya.

Menurutnya rakyat boleh melihat bahawa tiada pembangunan dilaksanakan di kawasan-kawasan yang diwakili Anggota Parlimen atau ADUN pembangkang.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana