Wan Azizah dalam bahas Bajet pun cakap pasal Anwar

Ahli Parlimen pembangkang sepatutnya mendengar dengan teliti pembentangan Bajet 2017 oleh Perdana Menteri Jumaat lalu supaya dapat berbahas dengan hujah yang relevan.

Namun, tindakan awal mereka keluar Dewan Rakyat Jumaat lalu menyebabkan Ketua Pembangkang hari ini berhujah mendakwa bajet dibentang Datuk Seri Najib Tun Razak sesuatu yang negatif.

Lebih malang, sudah lama sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh dan dua kali jadi ketua pembangkang,  Datuk Seri  Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya membaca teks yang disediakan seolah-olah tidak tahu apa sebenarnya yang ingin disampaikan.

Ketika membahaskan Bajet 2017, beliau seringkali hanya mengungkapkan bahawa bajet itu adalah gula-gula untuk rakyat dan ia menjadi habuan dalam tempoh yang singkat.

Beliau juga menuduh bajet itu bukan menunjukkan yang kerajaan berkhidmat untuk rakyat, tetapi bajet yang penuh helah untuk menipu rakyat.

Hujah itu sekaligus bercanggah dengan apa yang disampaikan Perdana Menteri Sebelum ini dimana Bajet 2017 yang dibentangkan itu sebenarnya bersifat holistik dan komprehensif terhadap kepentingan rakyat.

Contohnya, meskipun Selangor merupakan negeri di bawah pentadbiran pembangkang, namun Najib bersifat profesional dengan lebih mengutamakan rakyat daripada isu politik dalaman dengan membina Pusat Transformasi Bandar (UTC) di negeri tersebut.

Namun perkara itu tidak langsung dinyatakan oleh Wan Azizah sepanjang perbahasan beliau lebih 90 minit.

Beliau dalam masa yang sama turut mengambil kesempatan dengan mempersoal berkali-kali mengapa kerajaan tidak menjawab soalan berkaitan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Jabatan Peguam Negara Amerika (DOJ) ketika membentangkan bajet tersebut.

Wan Azizah patut sedar yang kedua-dua isu tersebut tidak berkaitan dengan bajet namun beliau tetap cuba untuk mengelirukan Dewan.

Katanya, Perdana Menteri cuba mengelak persoalan asal dan tidak menjelaskan isu tersebut dalam pembentangan Bajet 2017.

Selain itu, beliau turut menyifatkan seolah-olah yang Najib adalah Perdana Menteri kejam kerana memaksa rakyat mengikat perut supaya berjimat cermat serta digalakkan membut perkhidmatan UBER bagi menambah pendapatan.

Isu suaminya,  Datuk Seri Anwar Ibrahim turut tidak ketinggalan dalam intipati perbahasannya dengan mendakwa suaminya telah menjadi mangsa tahanan politik akibat kerakusan kerajaan.

Namun ketika Ahli Parlimen Bagan Serai, Noor Azmi Ghazali cuba mencelah, Wan Azizah tidak memberikan laluan kepadanya, bagaimanapun membenarkan kroninya, Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani mencelah.

Ini jelas memperlihat yang Wan Azizah hanya berani berhujah menggunakan teks yang disediakan namun pengecut untuk menjawab soalan-soalan dari pihak kerajaan.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana