Video ini bagi membuktikan bahawa Lim dan DAP merupakan rakyat Malaysia yang MENOLAK Rukun Negara.


Uncle Lim kononnya ke Indonesia berjumpa dengan tokoh2 Islam di sana yang mengatakan Negara Islam tidak sesuai dilaksanakan di negara bermasyarakat majmuk, sebaliknya Rukun Negara itulah yang harus diangkat terlebih dahulu.

Atas dasar ini, dia kemudian meracau dengan mendakwa Ahli Parlimen yang menyokong Negara Islam ini sebagai tidak menerima Rukun Negara.

Uncle Lim,

Dalam Rukun Negara, ada disebut perkara ke-3 iaitu Keluhuran Perlembagaan. Rukun Negara inilah yang menjadi punca penentangan Uncle Lim dan DAP.

Kalau Uncle Lim seorang yang menerima Rukun Negara, maka Uncle Lim perlu dan mesti menerima perkara-perkara yang disebut di dalam Perlembagaan Persekutuan.

Berikut adalah 4 contoh yang saya sebutkan yang mana perbuatan Uncle Lim dan anak buahnya (DAP) engkar dan tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan.

I. Perkara 3: Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

Uncle Lim dan rakan-rakan menolak perkara ini dengan mempersoalkan kedudukan Islam itu sendiri. Azan diminta untuk diperlahankan, duit zakat hendak dibelanjakan bagi maksud untuk bukan Islam, mahu mengikhtiraf agama Kristian sebagai agama rasmi (Red Rock Hotel) dan lain-lain penghinaan Uncle Lim dan rakan-rakan lakukan.

II. Perkara 153: Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Inilah peruntukan perlembagaan yang paling ditentang oleh Uncle Lim. Kononnya tidak adil kerana tidak samarata. Malahan, perlembagaan DAP juga menyatakan konsep kesamarataan dan bukannya keadilan.

III. Perkara 43 (2) (a): Yang di-Pertuan Agong hendaklah terlebih dahulu melantik sebagai Perdana Menteri untuk mempengerusikan Jemaah Menteri seorang ahli Dewan Rakyat yang pada hematnya mungkin mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat itu.

Uncle Lim telah secara kerasnya mahu Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan. Pelbagai gerakan haram yang Uncle Lim dan DAP lakukan demi menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang telah dilantik melalui sistem demokrasi yang adil dan saksama. Uncle Lim juga tidak menghormati YDPA yang telah melantik Perdana Menteri.

IV. Perkara 151 (1): Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen.

Uncle Lim lupa kot tindakan anak buah Uncle, Sister Teresa Kok yang mahukan tulisan Jawi berbahasa kebangsaan dihapuskan dari papan tanda. Berapa ramai pula anak buah Uncle Lim yang gagal berbahasa kebangsaan dengan baik; Ahli Parlimen Bakri sebagai contoh.

Cukuplah 4 contoh ini bagi membuktikan bahawa Uncle Lim dan DAP merupakan rakyat Malaysia yang MENOLAK Rukun Negara. Dan sebab inilah saya #LawanDAP

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana