UMNO kini ada aplikasi mudah alih untuk tangkis fitnah...

UMNO kini sudah ada aplikasi mudah alih dikenali sebagai Malaysia4All untuk menghubungkan jentera penerangan parti dengan kepimpinan bagi menangkis segala fitnah terhadap kerajaan.

Aplikasi itu akan digunakan oleh ahli Umno sebagai platform untuk menyebarkan maklumat yang boleh dipercayai kepada orang ramai melalui platform media sosial seperti Facebook dan Twitter.

Aplikasi itu dilancarkan oleh Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa semasa sesi penerangan dengan ahli UMNO di Kepala Batas di Kepala Batas Sabtu.

"Peringkat pertama membabitkan penyaluran maklumat kepada kira-kira 500,000 jentera UMNO. Selepas itu, aplikasi tersebut akan dibuka kepada semua anggota," kata beliau.

Bercakap dalam sidang akhbar selepas sesi itu ,Annuar kata negara akan menuju kehancuran jika rakyat terjebak dalam sentimen politik kebencian yang dimainkan oleh pihak-pihak tertentu.

Menurutnya politik kebencian terhadap Barisan Nasional (BN) semakin meningkat.

"Orang berkata bahawa UMNO bersifat perkauman. Gerakan, MCA dan MIC tidak berkuasa tetapi ia tidak benar. UMNO tidak pernah bersikap rasis kerana kami-lah yang mula-mula sekali bekerjasama dengan pelbagai parti berteraskan latar belakang kaum yang berbeza," katanya.

Annuar juga berkata politik kebencian dianggap sebagai jenayah kerana ia boleh menjatuhkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui demokrasi memandangkan ia boleh mencetuskan huru-hara dalam negara.

"Kita tidak mahu melihat politik kebencian di negara yang tercinta ini," katanya sambil merujuk kepada Arab Spring sebagai contoh apabila rakyat memainkan sentimen politik kebencian dan negara mengalami kehancuran.

Comments

Popular posts from this blog

RUPANYA RAMAI YANG SALAH MANDI WAJIB, INI CARA MANDI WAJIB YANG BETUL

Gadis Melayu 15 Tahun Rela Jadi Hamba Seks Teman Lelaki Kerana Takut Video Sekss Tersebar...Berhati Hatilah Yang DiLuar Sana